20 January 2012

Kematian pertama H5N1 di Vietnam

HANOI - Vietnam hari ini melaporkan kematian pertama akibat selesema burung dalam tempoh dua tahun, ketika virus sama turut mengorbankan seorang kanak-kanak di Kemboja.

Kebimbangan tentang virus influenza semakin meningkat di rantau ini selepas China akhir bulan lalu melaporkan kematian pertama akibat virus H5N1 dalam masa 18 bulan, namun pihak berkuasa Vietnam berkata, semua pihak tidak perlu panik.

"Situasi kini terkawal. Pasukan pemeriksaan kesihatan telah dihantar bagi memantau keadaan di wilayah selatan," kata doktor daripada Jabatan Kesihatan Ho Chi Minh City, Le Minh Hung.

Mangsa di Vietnam yang meninggal dunia pada 11 Januari lalu merupakan seorang penternak itik dari Lembah Mekong di wilayah Hau Giang dan pakar sedang menyiasat sama ada jangkitan itu disebabkan ternakan di situ.

Ia merupakan kematian pertama penyakit tersebut sejak April 2010.

Di negara jiran Kemboja, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari wilayah Banteay Meanchey, barat laut negara itu meninggal dunia semalam selepas dipercayai terdedah kepada ternakan ayam dan itik yang sakit.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Vietnam merekod 59 kematian akibat selesema burung sejak 2003, sementara 17 disahkan maut selepas dijangkiti virus H5N1 di Kemboja.

Indonesia turut melaporkan satu kematian akibat virus tersebut minggu lalu yang juga kes maut ketiga dalam tempoh tiga bulan.

Musim sejuk merupakan masa virus selesema burung didapati menyerang burung serta ternakan ayam dan itik.

Sejak awal bulan ini, lebih 3,000 burung telah dimusnahkan di Lembah Mekong dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut. - AFP

Related Posts:

  • Ramai Tentera AS bunuh diri selepas balik dari Iraq Penelitian para doktor tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, jumlah kes bunuh diri di Angkatan Darat AS melonjak 80 peratus setelah pencerobohan Iraq. Menurut Jurnal Britain 'Injury Prevention' yang diterbitkan pada Khamis… Read More
  • Jenazah Osama Laden dibakar?LONDON 7 Mac - Jenazah bekas ketua rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden tidak dikebumikan di laut seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat (AS), tetapi mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar di satu lokasi rahsia. Bebe… Read More
  • 6 Hackers hebat serang web agensi kerajaan dan korporat ASNEW YORK 7 Mac - Enam suspek ketua kumpulan penggodam antarabangsa dikenali sebagai Anonymous, didakwa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam atas kesalahan melakukan jenayah siber. Biro Siasatan Persekutuan (F… Read More
  • 6 kuasa dunia terima tawaran IranBRUSSELS 7 Mac - Enam kuasa dunia menerima tawaran Iran untuk menyambung semula rundingan mengenai program nuklearnya, berikutan kebuntuan selama setahun yang meningkatkan kebimbangan perang baru akan meletus di Asia Barat… Read More
  • 6 tentera Britain terbunuh dibom di AfghanistanCNN melaporkan enam tentera Britain hilang dan dipercayai telah terbunuh setelah terdengar sebuah letupan di barat daya Afghanistan. Maklumat tersebut disahkan oleh Jabatan Pertahanan Britain pada hari Rabu yang lalu. Inside… Read More

0 comments:

Post a Comment