25 January 2012

Pekerja kilang besi ditemui mati

pekerja-kilang-mati
KLANG – Pergaduhan disyaki punca seorang lelaki warga Myanmar berusia 36 tahun ditemui mati di kabin kontena sebuah kilang besi di Batu 4 ¾, Jalan Kapar, semalam.

Mangsa, Nyo Chaw ditemui pengurus kilang berkenaan dalam keadaan berlumuran darah pada jam 9 pagi sebelum membuat laporan polis pada jam 9.25 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Shokor Sulong berkata, pengurus kilang itu menerima panggilan daripada salah seorang pekerja berhubung kejadian itu.

“Polis percaya lelaki itu mati 24 jam sebelum dijumpai dan mangsa dipukul di kepala,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menjumpai sebatang besi panjang dan sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kes itu.

Polis kini mengesan seorang lelaki warga Myanmar, San Win Maung, 26, bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh hubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Inspektor Azizi di talian 019-3696085 atau balai polis berdekatan.

Related Posts:

  • Gadis cedera parah terima kotak bom ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian sebuah kotak meletup di Ramuan China Besar, Alor Gajah semalam. ALOR GAJAH – Tindakan seorang gadis mengangkat sebuah kotak yang diletakkan di luar pagar rumahnya di Ramuan China … Read More
  • Taktik baru penculik nak dapatkan tebusan duitSUBANG JAYA – Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dinasihatkan supaya tidak terjerat dengan panggilan telefon “papa, mama... tolong saya!” kerana itu hanya taktik penjenayah yang cuba mendapatkan wang tebusan… Read More
  • 191 kondom dadah dalam badan ZAINUL ABIDIN (kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang diisi dalam kondom yang dirampas di KLIA, Sepang semalam. SEPANG - Taktik tiga lelaki warga asing yang cuba menyeludup masuk dadah dengan menelan syabu yang dimasu… Read More
  • Wanita 116 tahun ingin berkahwin MASIH SIHAT... Puan yang berusia 116 tahun bersama anak, cucu dan cicitnya ketika program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas yang diadakan di rumahnya.  KANGAR: Wanita tertua di Perlis, Puan Ahmad, berusia 116 t… Read More
  • Lebih 50 UMNO perintah Malaysia, seorang melayu pun tiada dalam senarai SINGAPURA - Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini For… Read More

0 comments:

Post a Comment