25 January 2012

Lelaki mati dikelar, ditemui dalam kereta

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki warga tempatan, dengan kesan kelar di leher, ditemui di tempat duduk belakang sebuah kereta berhampiran laluan pejalan kaki di Pasar Borong Selayang hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mangsa yang berusia lingkungan 40-an ditemui orang ramai kira-kira jam 2 pagi.

"Mangsa dipercayai dikelar dan dibiarkan di dalam kereta yang ditempatkan berdekatan kawasan tong ikan di dalam pasar tersebut... hasil pemeriksaan, kita tidak menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa, tetapi kita masih lagi meneruskan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri atau barang berharga mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Posts:

  • Keluar kereta disiram asidTUMPAT: Seorang ejen insurans melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki di Kampung Tendong, dekat Pasir Mas, kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa,… Read More
  • Tertembak muka sendiriKUCHING: Seorang pekerja kuari cedera parah di muka akibat terkena tembakan pistol milik bapanya, seorang anggota trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, semalam. Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu … Read More
  • Cemburu SMS bawa padahKUALA LUMPUR: Gara-gara SMS, seorang isteri berusia 26 tahun teruk dibelasah suami yang cemburu di rumah mereka di Setapak, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suami mangsa yang berusia 30-an itu terbaca… Read More
  • Sikap ramah remaja undang kematianJOHOR BAHRU: Sikap ramah seorang remaja berusia 18 tahun hingga menyebabkan tiga lelaki jatuh hati kepadanya, dipercayai menjadi punca dia (remaja) dibunuh kejam dengan lehernya dikelar selain ditikam dalam kejadian di rum… Read More
  • 2 beradik mati berpelukanTAWAU: Akrab hingga ke akhir hayat. Itulah gambaran tragedi membabitkan dua beradik yang mati rentung dalam keadaan berpelukan apabila rumah mereka di Kampung Titingan di sini, terbakar, awal pagi semalam. Dalam kejadia… Read More

0 comments:

Post a Comment