27 January 2012

PBB terima kokain 16 kilogram

Dadah dari Mexico dihantar guna beg diplomatik palsu tanpa alamat

NEW YORK: Bungkusan kokain seberat 16 kilogram untuk jualan pengedar dadah Mexico sampai ke tempat yang tidak sepatutnya iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini. 

Polis dan pegawai PBB kelmarin menjelaskan bagaimana dua bungkusan menggunakan beg yang dicetak dengan lambang PBB palsu sampai di ibu pejabat badan dunia itu yang menyebabkan ia menjadi isu keselamatan. 

Bungkusan diplomatik sebenar berwarna biru serta ada simbol PBB, kunci dan surat diplomatik. - Paul Browne, Timbalan Komisioner 
 
Pakar berkata, dadah itu bernilai AS$2 juta (RM6 juta). Beg itu yang mempunyai simbol PBB dihantar oleh pusat syarikat penghantaran DHL di Cincinnati, Ohio, kata Timbalan Komisioner, Paul Browne dari Jabatan Polis New York.

Beg itu juga tidak tertulis sebarang alamat di atasnya atau maklumat pengirim.

“Daripada pemahaman saya, oleh kerana tiada alamat, DHL menghantarnya ke ibu pejabat PBB kerana ia mempunyai simbol PBB dan biarkan mereka mencari jalan bungkusan itu milik siapa.

“Bungkusan diplomatik sebenar berwarna biru serta mengandungi simbol PBB, kunci dan perkataan surat diplomatik.
“Beg yang diterima pula berwarna putih dan tiada apa-apa perkataan,” kata Browne.

“Jadi, dua ‘beg PBB’ itu jelas palsu dan segera diperiksa kakitangan keselamatan sebaik ia tiba pada 16 Januari lalu.

“Beg itu mengandungi 14 buku berkulit tebal yang dibuat ruang meletak kokain.

“Teorinya kini kemungkinan ia tidak sepatutnya dihantar ke luar Mexico. Seseorang di Mexico mungkin dalam kesusahan sekarang kerana membiarkan kokain itu hilang,” kata Browne.

Pegawai PBB juga berkata, beg itu seperti guni tepung tetapi warnanya berbeza sekali gus bukan beg rasmi.

“Ini bukan bungkusan diplomatik. Ini yang boleh saya katakan,” kata jurucakap PBB, Marti Nesirky memberitahu wartawan.

Timbalan Setiausaha Agung PBB yang ditugaskan menjaga keselamatan, Gregory Starr, berkata belum ada bukti menunjukkan seseorang dalam badan dunia itu terbabit dalam penghantaran kokain berkenaan.

“Dadah ini tidak dihantar dari pejabat PBB. Jadi, pada hemat saya, ia bukannya untuk mana-mana agensi PBB.

“Saya juga berpendapat, ini kerja pengedar dadah yang cuba menghantar sesuatu ke Amerika dan rancangan mereka mungkin tidak menjadi kali ini,” katanya.
– AFP/Agensi

Related Posts:

  • Kiamat sudah terlalu hampirSemakin hari semakin takut hati ini. Mata bagaikan tidak mahu melihat dan membaca. Tangan bagaikan tidak mahu menyambar akhbar di kedai mamak atau menjejaki portal-portal berita di internet.  Mana tidaknya, cerita… Read More
  • Ramai yang tak tahu tentang kehebatan Ka'abahMekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Ka… Read More
  • Islam berkembang pesat di London "Mekah di tengah-tengah London". Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu. Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di… Read More
  • Kota Peninggalan Kaum Tsamud dan Kebenaran Al-Quran"Peninggalan Kota Samud yang dapat dilihat hingga kini Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-ista… Read More
  • Keajaiban Hajaratul Aswad Dan hikmah menciumnya"Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak (Gambar kiri) Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ ya… Read More

0 comments:

Post a Comment