27 January 2012

Arab Saudi iktiraf SNC


SESORANG askar Syria yang berpaling tadah menunjukkan isyarat kemenangan ketika menyertai  petunjuk perasaan lain di daerah Khalidiya, Homs. 
SESORANG askar Syria yang berpaling tadah menunjukkan isyarat kemenangan ketika menyertai petunjuk perasaan lain di daerah Khalidiya, Homs.

Badan pembangkang dianggap perwakilan sah rakyat Syria

BANDAR KUWAIT: Arab Saudi akan mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria (SNC) sebagai wakil rasmi rakyat Syria, kata seorang anggota kanan kumpulan pembangkang itu dalam kenyataan, semalam. 

“Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal memberitahu delegasi SNC dalam pertemuan di Kaherah minggu lalu bahawa negara itu akan mengiktiraf majlis ini sebagai wakil rasmi bagi rakyat Syria,” kata Anggota Eksekutif SNC, Ahmad Ramadan kepada akhbar Kuwait, Al-Rai. 

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal memberitahu delegasi SNC dalam pertemuan di Kaherah minggu lalu bahawa negara itu akan mengiktiraf majlis ini sebagai wakil rasmi bagi rakyat Syria. - Ahmad Ramadan, Anggota Eksekutif SNC
Beliau tidak memberitahu bila Riyadh akan memberi pengiktirafan itu atau sama ada langkah itu akan diikuti lima rakan dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
GCC pada minggu ini mengumumkan akan mengikuti jejak Arab Saudi memanggil pulang wakilnya daripada misi pemerhati Liga Arab ke Syria yang banyak menerima kritikan.

Ramadan yang menghadiri pertemuan itu memetik Saud sebagai berkata, kerajaan negara Arab yakin kerajaan Syria yang menyebabkan misi pemerhati gagal.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membincangkan krisis Syria semalam apabila negara Barat dan Arab akan mengumumkan deraf resolusi mengutuk tindakan Damsyik menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan, kata diplomat.

Mesyuarat tidak dijangka itu diumumkan oleh diplomat Perancis selepas lima anggota tetapi majlis, Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan mengenai resolusi baru, kelmarin.

Rundingan terbaru digesa diadakan oleh Maghribi, wakil tunggal negara Arab dalam badan 15 negara yang tidak bersetuju dengan resolusi berhubung tindakan keras Syria terhadap penunjuk perasaan anti kerajaan sejak Mac lalu.

“Satu draf resolusi akan dihantar kepada semua anggota pada majlis hari ini,” kata seorang diplomat Majlis Keselamatan PBB.

Resolusi baru memberi sokongan kuat kepada inisiatif negara Arab bagi mengakhiri krisis Syria dirangka oleh Britain, Perancis, Jerman dan negara Arab termasuk Maghribi dan Qatar.

Penyokong draf itu berharap mendapat mengadakan undian pada minggu depan. Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani akan memberi taklimat kepada anggota majlis pada Isnin atau Selasa depan.

Liga Arab menggesa Presiden Bashar al-Assad menyerahkan kuasa kepada timbalannya supaya pilihan raya boleh dilaksanakan di Syria selepas lebih 5,400 orang terbunuh dalam penentangan terhadap Damsyik. – AFP/Agensi.

Related Posts:

  • Penggodam Israel serang laman sesawang IranBAITULMAQDIS: Sekumpulan penggodam Israel semalam berkata, mereka menyerang beberapa laman sesawang Iran sehari selepas laman sesawang negara Yahudi itu ditutup dalam insiden perang siber terbaru di antara kedua-dua pihak.… Read More
  • Lelaki perkosa pelajar dalam van awam ditahanJAKARTA: Polis di Surakarta di Jawa Tengah menahan seorang daripada enam suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian rogol di dalam van di bandar raya ini. “Suspek ditahan ketika dalam perjalanan,” kata Ketua Polis Jakarta… Read More
  • Budak terlepas bas pandu kereta ke sekolahPARIS: Polis menahan seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas dia memandu kereta bapanya untuk ke sekolah apabila tertinggal bas, semalam. Budak lelaki terbabit turut membawa bersamanya seorang kawan berusia sembilan… Read More
  • Harimau bintang baham wanita hamil HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam. MOZIZ...mangsa.   GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintan… Read More
  • 'Beri layanan baik untuk United' 2012/01/28 LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Steven Gerrard meminta peminat kelab itu berkelakuan elok ketika kunjungan Manchester United ke Anfield bagi pertembungan Piala FA, hari ini. Pusingan keempat itu bakal di… Read More

0 comments:

Post a Comment