27 January 2012

eBay lelong kasut Gillard

AKTIVIS menunjukkan kasut Gillard yang tertinggal selepas diserbu penduduk pribumi
AKTIVIS menunjukkan kasut Gillard yang tertinggal selepas diserbu penduduk pribumi
Lelongan kemudian ditarik balik kerana langgar syarat jual beli online

SYDNEY: Sebelah kasut Perdana Menteri Australia Julia Gillard yang hilang ketika beliau dibawa ke kereta oleh pengawal peribadi mendapat tawaran sebanyak Aus$2,000 (RM6,466) dalam lelongan sebelum ia ditarik daripada laman web lelongan, eBay, semalam.
Kasut berwarna biru itu dilaporkan sudah dipulangkan kepada pemimpin Australia itu selepas tertanggal daripada kakinya kelmarin di Canberra ketika beliau lari daripada penunjuk perasaan hak asasi pribumi negara itu.
Selepas kejadian itu berlaku, seorang aktivis mengambil kasut itu dan berkata tidak akan memulangkannya.

“Beliau tidak boleh mendapatkannya kembali, ia akan dilelong dalam eBay,” katanya memberitahu wartawan. Laman web itu menyenaraikan kasut yang hilang dengan memulakan lelongan pada harga Aus$148 (RM478).

“Anda melelong kasut terpakai. Tolong ingat, ini juga sebelah kasut bukannya sepasang, jadi sukar untuk menggunakannya melainkan anda perdana menteri,” kata aktivis itu yang dipetik Sydney Morning Herald.

Tetapi, iklan kasut itu hanya berada dalam lelongan online selama 25 minit sebelum eBay menarik balik tawaran berkenaan kerana bimbang ia adalah penipuan.
Mengikut syarat eBay, pihak yang menjual hanya boleh menyenaraikan barang milik mereka atau pemilik sudah memberikan kebenaran untuk menjualnya.

“Kami tahu pemiliknya adalah perdana menteri. Penjual tidak membuat tawaran sebelum memperoleh kebenaran, jadi kami gugurkan iklan itu,” kata jurucakap eBay memberitahu akhbar.

Sementara itu, wakil penduduk pribumi Australia menyerahkan kasut Gillard kepada pengawal keselamatan di luar Parlimen negara itu. Kasut itu dipercayai dihantar dengan kereta.

Gillard dan pemimpin pembangkang, Tony Abbott dibaik keluar anggota keselamatan dari sebuah restoran di Canberra selepas tempat itu dikepung aktivis pribumi.

Ulasan Abbott bahawa khemah sebagai kedutaan penduduk pribumi di luar Parlimen sejak 40 tahun lalu sebagai tidak perlu lagi wujud, mencetuskan reaksi marah aktivis pribumi. – AFP/Agensi

Related Posts:

  • Balai polis jadi pusat penyembelihanKATHMANDU: Sekumpulan polis Nepal disiasat kerana menjalankan operasi pusat penyembelihan dari balai tempat mereka bertugas, kata pihak berkuasa semalam. Kakitangan balai polis di pinggir Kathmandu itu didakwa mengambil up… Read More
  • Lee pertahan gaji tinggi menteriSINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, semalam berkata dia mungkin mendapat gaji lebih tinggi berbanding Barack Obama, tetapi Presiden Amerika Syarikat itu mempunyai pelbagai kelebihan, seperti perjalanan p… Read More
  • Semakin ramai pejalan kaki maut ketika guna telefon bimbitBALTIMORE: Satu kajian mendapati, jumlah pejalan kaki Amerika Syarikat yang terbunuh atau cedera parah ketika menggunakan telefon bimbit meningkat tiga kali ganda dalam tempoh enam bulan. Kes kemalangan meningkat daripada 1… Read More
  • Ketua kampung bakar pejabat kerajaanHONG KONG: Polis China menahan seorang ketua kampung di utara negara itu selepas dia membakar hangus pejabat kerajaan bagi membantah amalan rasuah, kata satu pertubuhan hak asasi manusia semalam. Akibat tindakan Gao Jinje i… Read More
  • Nikita diberi amaran keduaJAKARTA: Artis kontroversi, Nikita Mirzani, sekali lagi ditimpa masalah. Awal bulan ini, dia telah ditegur oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) kerana dikatakan mengeksploitasikan payudara. Surat amaran yang dikelua… Read More

0 comments:

Post a Comment