27 January 2012

Mayat atau bangkai?

PERIKSA...Amiruddin (dua dari kiri) memeriksa kenderaan yang dipercayai mengandungi mayat.
PERIKSA...Amiruddin (dua dari kiri) memeriksa kenderaan yang dipercayai mengandungi mayat.
AMPANG JAYA: Mayat atau bangkai? Itu persoalan yang masih belum terungkai selepas polis menemui sebuah beg besar yang berbau busuk dalam di sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan perumahan di Pandan Indah, di sini, semalam. 

Beg bersaiz besar itu ditemui di tempat duduk belakang kenderaan terbabit oleh penduduk di situ jam 4 petang sebelum memaklumkannya kepada polis selepas curiga berikutan baunya yang terlalu busuk.
Namun, sehingga jam 8 malam tadi polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti kandungan sebenar beg itu selepas ia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan PPUKM itu dijangka diperoleh selewat-lewatnya hari ini.

“Selepas menerima aduan, sepasukan forensik dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum pemeriksaan lanjut di tempat duduk belakang kereta itu menemui sebuah beg berukuran agak besar.

“Pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kandungan di dalam beg berkenaan. Ada kemungkinan ia mayat, namun kami belum pasti sehingga mendapat hasil pemeriksaan dilakukan PPUKM,” katanya.

Related Posts:

  • Nurul lari rumah demi jejaka Pakistan Nurul Zakiah SHAH ALAM – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pak… Read More
  • Gay dibinuh kejam di Iraq GAMBAR yang dirakam pada Rabu lepas menunjukkan dua lelaki 'emo' Iraq di Baghdad menghembuskan asap sisha bagi menyembunyikan identiti mereka. BAGHDAD - Golongan belia yang digelar 'emo' dibunuh dengan kejam dan seca… Read More
  • Perogol bersiri Malaysia dijel 16 tahun DI bangunan asrama pekerja di Lembah Sireh, Kota Bharu, Amran ditahan ketika cuba merogol seorang jurujual sebuah pasar raya. KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang w… Read More
  • Pelacur muda Sabah diserbu BEBERAPA wanita disyaki pelacur yang ditahan di sebuah hotel bajet di Batu Pahat kelmarin. BATU PAHAT - Rahsia sebuah hotel bajet di sini yang mampu menarik ramai pelanggan muda dan warga asing terbongkar apabila dida… Read More
  • 3 suspek termasuk wanita dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam Nurul Nadira TIGA suspek yang dilanjutkan reman dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU - Perintah tahanan reman ke atas tiga suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan pemb… Read More

0 comments:

Post a Comment