18 January 2012

Lima pelancong asing dibunuh

ADDIS ABABA - Seramai lima pelancong asing dibunuh penyerang tidak dikenali di Afar terletak di timur laut Ethiopia, menurut stesen televisyen tempatan, kelmarin.

Kementerian Pertahanan mengesahkan sekumpulan pelancong diserang di kawasan sempadan Eritrea sehingga menyebabkan lima terkorban manakala beberapa lagi cedera.

Dalam satu kenyataan lain, Kementerian Luar Jerman kini sedang menyiasat sama ada rakyatnya turut terlibat dalam insiden itu.

Afar sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong luar kerana keunikannya sebagai kawasan paling panas di Bumi.

Related Posts:

  • Drebar ‘syok’ ragut 2 nyawaREMUK...keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.  JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaanny… Read More
  • Lelaki peluk mayat teman wanita jatuh bangunanGEORGETOWN - Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal … Read More
  • Budak maut dihempap van SEREMBAN – “Keadaan masa itu kelam-kabut. Kami memanggil antara satu sama lain,” kata Suh… Read More
  • Empat mati kerana letupan bunga api KEBAKARAN (kanan) akibat bunga api yang berlaku di wilayah Suphan Buri, Bangkok kelmarin. BANGKOK - Satu letupan besar bunga api pada sambutan Tahun Baru Cina di Thailand menyebabkan empat orang mati dan hampir 90 lagi ced… Read More
  • Bumi berdepan ribut solar terkuat GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari. WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa … Read More

0 comments:

Post a Comment