20 January 2012

Kastam rampas 3.3 kilogram ketamin, tahan warga India

BUKIT MERTAJAM 20 Jan. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang lelaki warga India dan merampas 3.3 kilogram dadah jenis ketamin di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.

Suspek yang berasal dari selatan India dan berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur menaiki sebuah pesawat.

Pengarah JKDM negeri, Zulkifli Yahya berkata, setelah diperiksa, pihaknya menemui satu bungkusan dalam ruangan khas bagasi suspek yang berisi kain sari.

Menurutnya, suspek menaiki penerbangan dari New Delhi, India dan tiba di sini selepas transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Hasil pemeriksaan lanjut, bungkusan plastik itu berisi serbuk putih kristal disyaki dadah jenis ketamin bernilai RM100,000," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Pencegahan JKDM negeri di Perai di sini.

Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati, suspek kali pertama datang ke negeri ini dan pihaknya masih menyiasat kemungkinan dia terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan reman selama 14 hari sehingga 2 Februari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Related Posts:

  • Gila punya ibu rakam anak kena rogol Gmbar Hiasan SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu. Nasib… Read More
  • Lelaki terlampau kahwin 6 serentak BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya. KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu emp… Read More
  • Ustaz lucah cium budak lelakiMelaka - Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu. Ismail Ghazali, 44, dari M… Read More
  • Balai Polis dah kena serang Gambar Hiasan GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang meminta penduduk di sekitar Teluk Bahang bertenang dan memberi masa kepada pihak polis menyelesaikan siasatan kes serangan balai polis di situ oleh kira-kira 100 orang kampun… Read More
  • UMNO guna duit KWSP rakyat sesuka hati mak bapak diaKebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif mudah, mesra kepada golongan yang pendapatan isi rumah mereka kurang daripada RM3000. Saya tidak memper… Read More

0 comments:

Post a Comment