25 January 2012

Iran ulang ancaman

TEHERAN: Ahli Parlimen kanan Iran meningkatkan ancaman untuk menutup laluan kapal minyak di Teluk Parsi selepas Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan ke atas eksport petroleum, sekali gus ekonomi negara terbabit.

Keputusan EU itu diambil semalam - menuruti tindakan Amerika Syarikat yang menyasarkan eksport minyak Iran yang kritikal - membuka perseteruan baru terhadap Teheran.

Tekanan turut diberi dari pelbagai arah, termasuk gesaan AS terhadap Asia supaya mengetepikan minyak mentah Iran dan kejatuhan menjunam nilai mata wang.
Sebagai tindak balas, Iran beralih kepada senjata utama mereka - Selat Hormuz yang menjadi laluan kepada satu per lima dagangan minyak dunia.

Pakar ketenteraan mempertikaikan sama ada Iran mampu menutup laluan sempit berkenaan, tetapi pada masa sama, AS dan sekutunya berikrar mengambil tindakan tegas jika ia dilaksanakan.

Kelmarin, kapal pengangkut USS Abraham Lincoln serta kapal perang Britain dan Perancis memasuki laluan seluas 50 kilometer itu tanpa sebarang insiden.

Anggota Jawatankuasa Pertahanan Kebangsaan Parlimen Iran, Mohammad Ismail Kowsari, berkata selat berkenaan “pasti ditutup” jika jualan minyak diganggu dalam apa saja cara.

Seorang lagi ahli Parlimen, Heshmatollah Falahatpisheh, berkata Iran berhak menutup Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap sekatan minyak yang dikenakan Barat.

“Setakat ini Iran belum menggunakan hak keistimewaannya itu,” katanya. Kenyataan itu tidak membayangkan pendirian kerajaan secara langsung, tetapi ia dilihat selari dengan komen komander tentera Iran sebelum ini. - AP

Related Posts:

  • Universiti haram purdah kena serbu TUNIS: Sekumpulan aktivis menyerbu sebuah universiti di Tunisia, Sabtu lalu, kerana enggan menerima kemasukan seorang pelajar wanita berpurdah, mendedahkan suasana tegang dalam isu agama yang dijangka menjadi fokus … Read More
  • Kiamat sudah terlalu hampirSemakin hari semakin takut hati ini. Mata bagaikan tidak mahu melihat dan membaca. Tangan bagaikan tidak mahu menyambar akhbar di kedai mamak atau menjejaki portal-portal berita di internet.  Mana tidaknya, cerita… Read More
  • Pengurus Selamat Ditimpa Batu 20tanALBERTVILLE (Perancis): Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap batu seberat 20 tan ketika melalui jalan di Arly Gorge di banjaran Alps.Penyelamat berkata, mereka tidak menyangka melihat Ludovic Masc… Read More
  • Lintah Gergasi Hidup di Dalam Kerongkong Budak Lelaki Tao Jiayuan , seorang budak lelaki berusia 16 tahun dari bandar Yibin di barat daya China, telah mengalami saat paling menakutkan apabila seekor lintah sawah sepanjang 10 cm telah menghisap darah dan hidup di dalam keron… Read More
  • Maher Zain Sebelum Penyanyi Berjaya Maher mendapat mendapat inspirasi daripada ayahnya untuk terlibat dalam bidang muzikal,. Ayahnya adalah penyanyi solo yang selalu membuat persembahan di bandar Mediterranean iaitu Tripoli. Keluarganya berpindah ke Swedan… Read More

0 comments:

Post a Comment