25 January 2012

15 nelayan mati dalam serangan rebut kawasan

MANILA: Beberapa lelaki bersenjata menembak mati 15 nelayan Filipina dan mencederakan tiga yang lain dalam satu serangan di laut, dipercayai oleh kumpulan yang bermusuhan, menurut tentera.

Jurucakap tentera wilayah, Leftenan-Kolonel Randolph Cabangbang berkata, nelayan itu dibunuh oleh kumpulan lelaki bersenjata raifal di perairan Pulau Basilan yang dilanda masalah pemberontakan, kelmarin.
“Mangsa mencari ikan di kawasan pesaing mereka,” katanya.

Katanya lagi, pihak berkuasa menolak serangan itu perbuatan kumpulan militan Islam atau gerila Islam, yang aktif di Basilan. 

Cibangbang berkata, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu tetapi pihak polis sudah mengenal pasti beberapa suspek dan akan menahan mereka tidak lama lagi.

Satu unit tentera lengkap bersenjata, telah diarahkan untuk menyediakan keselamatan kepada penyiasat polis serta membantu mengesan suspek.

“Terdapat satu operasi untuk mengesan penyerang, yang juga mungkin nelayan. Serangan ini boleh dianggap sebagai perang kawasan,” kata Komander tentera serantau, Majar-Jeneral Noel Coballes. - Manila Times

Related Posts:

  • Arab Saudi Hantar Lori Bantuan ke Syria Konvoi lori meninggalkan Riyadh menuju kem pelarian Syria di Jordan pada Khamis malam membawa kumpulan pertama dari bantuan yang dikumpul secara nasional yang setakat ini telah mengeluarkan kos kira-kira 125 juta dollar.R… Read More
  • 16 orang Penjaga Sempadan Mesir-Israel ditembak Sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan dan tembakan yang mengorbankan 16 penjaga sempadan keselamatan dan mencederakan beberapa orang lain di Sinai, dekat sempadan Mesir dengan Israel.Presiden Mesir Mohamed Mor… Read More
  • Pembesar suara Masjid-masjid di Arab Saudi cetus perdebatan Suara keras dari pembesar suara masjid, yang digunakan untuk Azan dan bacaan Al-Quran selama bulan Ramadhan, mencetuskan perdebatan di Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain. "Meningkatkan suara pembesar suara di a… Read More
  • Presiden Israel Benjamin Netanyahu Diprotes Ribuan Warga Israel Tiga ribu warga Israel turun ke jalan Tel Aviv, pada Sabtu malam 4/8 lalu, dalam dua pertemuan terbuka berasingan bagi menentang polisi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.Mereka menuntut keadilan sosial serta pemb… Read More
  • Kabinet Mursi sudah Dilantik Presiden Mesir Muhammad Mursi melantik kabinet baru pada hari Khamis lalu dengan mempertahankan ketua dewan tentera Marsekal Hussein Tantawi sebagai menteri pertahanan dan juga memberikan sejumlah kerusi kepada aktivis Is… Read More

0 comments:

Post a Comment