15 January 2012

Elak diri terlibat jenayah, aktif dalam aktiviti beruniform

Elak diri terlibat jenayah, aktif dalam aktiviti beruniform
BATU PAHAT – Golongan pelajar disarankan supaya aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah supaya dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah seterusnya mengelakkan diri daripada terlibat dalam perlakuan jenayah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Din Ahmad, berkata, penglibatan diri dalam kegiatan kokurikulum, seperti badan beruniform bukan sahaja mengisi masa lapang tetapi dapat membentuk disiplin yang tinggi.

Menurutnya, badan beruniform sememangnya diketahui memerlukan disiplin seperti berpakaian kemas, berambut pendek supaya ia dapat mendidik pelajar ke arah yang lebih baik.

“Selain melibatkan diri dengan kegiatan badan beruniform di sekolah, menyertai Kelab Pencegah Jenayah juga dapat mendidik pelajar ini mengelakkan diri daripada melakukan jenayah.

“Begitu juga mereka yang menjadi pengawas di sekolah, mereka akan terdidik untuk mengikut segala peraturan yang ditetapkan dan bukannya melanggar peraturan, sama ada di dalam atau di luar sekolah,” katanya semasa Perhimpunan Rasmi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Sulaiman, di sini.

Hadir sama, Pengetua SMK Munshi Sulaiman, Meskam Masbor dan Guru Penolong Kanan 1 sekolah berkenaan, Mohd Bahri Yahya.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sudah menubuhkan satu pasukan khas yang bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah.

Menurutnya, mereka ini akan bertindak sebagai ibu dan juga bapa angkat kepada setiap sekolah menengah yang ada dalam daerah ini supaya mengawal kegiatan jenayah yang melibatkan pelajar, khususnya pelajar sekolah menengah.

“Menurut rekod IPD Batu Pahat penglibatan pelajar sekolah kepada kes-kes jenayah ini adalah sebanyak 49 kes pada tahun 2011, yang mana ia menunjukkan penurunan daripada lebih 70 kes pada 2010.

“Biasanya kes jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah ini melibatkan kes-kes yang berkaitan dengan jenayah kekerasan dan juga jenayah harta benda,” katanya.

Related Posts:

  • Kenapa The Star siar gambar ini? KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari. “Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-o… Read More
  • Suami, Isteri dan anak simpan heroin bernilai RM300,000KUALA LUMPUR 7 Mac - Tiga beranak yang kononnya mengusahakan sebuah tapak semaian di Batu 9 Cheras, Jalan Hulu Langat dekat sini ditahan polis kerana menjadikan lokasi pekerjaan mereka itu sebagai stor menyimpan dadah jeni… Read More
  • Pengurus Citibank dipenjara 8 tahunJAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia semalam mendapati bekas pengurus perhubungan Citibank, Inong Malinda Dee, 49, bersalah melakukan pengubahan wang haram. Dia memindahkan wang para pelanggannya ke dalam akaun miliknya untu… Read More
  • Pura-pura sakit jantung depan polis PUCHONG – Memberi helah menghidap sakit jantung samb… Read More
  • Bekas Isteri sultan Brunei kena tipuLONDON - Mariam Aziz yang merupakan bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei mendakwa seorang bekas pengawal peribadinya mencuri dan menjual barangan kemas bernilai £12 juta (RM57.2 juta), lapor akhbar M… Read More

0 comments:

Post a Comment