15 January 2012

9 paket Heroin dirampas

KEMAMAN – Sebanyak sembilan paket dadah jenis Heroin seberat 153 gram berjaya dirampas polis susulan penangkapan tiga individu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Titian Berayun, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.

Dengan rampasan dadah sebanyak itu, suspek yang ditangkap boleh dihukum gantung mandatori jika disabitkan kesalahan. Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, dua lelaki masing-masing berusia 30 dan 47 tahun dicekup ketika sedang membungkus dadah ke dalam plastik lutsinar.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak atas risikan, polis menyerbu rumah di Kampung Titian Berayun dan sebelum itu polis mengetuk pintu rumah terbabit beberapa kali dan pintu dibuka oleh seorang wanita berusia 32 tahun.

Menurutnya, gara-gara terkejut dengan kehadiran polis, wanita itu bertindak melarikan diri ke dalam sebuah bilik sebelum menguncinya menyebabkan polis terpaksa menendang pintu rumah, sebelum mendapati terdapat dua lagi lelaki berada dalam bilik itu sambil kesemua mereka cuba meloloskan diri melalui tingkap.

Bagaimanapun, kecekapan dan kepantasan polis berjaya menghalang mereka daripada lolos dan berlaku pergelutan sebelum suspek berjaya ditahan.

“Sebanyak sembilan paket Heroin seberat 153 gram ditemui dalam bilik itu bersama alat timbang digital dan plastik lutsinar kosong.

“Setelah diperiksa juga sebiji pil kuda ditemui pada suspek berusia 30 tahun. Hasil ujian air kencing turut mendapati kedua-dua suspek lelaki positif dadah,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Related Posts:

  • Tauke butik pakaian nyaris putus jari ditetak perompakKOTA KINABALU: Seorang peniaga butik pakaian menempuh detik cemas apabila ditetak dua lelaki berparang yang menerjah masuk ke dalam premisnya sebelum melarikan beg mengandungi wang RM2,000 dan telefon bimbit dalam kejadi… Read More
  • Stor ganja RM1.7 jutaSHAH ALAM: Polis Selangor menumpaskan satu sindiket pengedaran ganja yang aktif di Lembah Klang selepas merampas 79 ketulan daun kering mampat disyaki ganja seberat 153.9 kilogram (kg) bernilai RM1.7 juta yang disorok da… Read More
  • Tumpang tidur rumah kekasihSEREMBAN: Dua lelaki memberi alasan menumpang tidur ketika ditahan ahli jawatankuasa surau Apartmen Seroja, Taman Tasik Jaya Senawang, dekat sini terhadap dakwaan berkurung bersama teman wanita masing-masing, semalam. K… Read More
  • Ugut jandaMIRI: Gara-gara mahu memutuskan hubungan cinta dengan teman lelakinya, seorang ibu tunggal berusia 30 tahun kini terpaksa hidup dalam ketakutan apabila menerima ugutan bunuh dan dicederakan, sejak seminggu lalu. Dalam keja… Read More
  • Mangsa siram asid syukur tak butaKOTA BHARU: “Saya bersyukur kerana masih dapat melihat,” kata ejen insurans, Wan Hussin Wan Yusof, 52, yang melecur teruk di muka dan badan akibat disiram sejenis cecair dipercayai asid, Sabtu lalu. Menurutnya, dia engga… Read More

0 comments:

Post a Comment