15 January 2012

Baddrol kecewa Kedah sekadar raih satu mata

PENYERANG kebangsaan, Baddrol Bakhtiar hanya mampu memandang geram ketika menyaksikan Kedah seri tanpa jaringan dengan Lions XII Singapura di Stadium Darul Aman kelmarin.

Menurutnya, dia agak kecewa kerana rakan sepasukan gagal mencuri mata walaupun memperoleh banyak peluang jaringan.
“Saya memang geram dan tidak sabar untuk beraksi semula walaupun hampir pulih dari kekejangan paha kiri tetapi ketua jurulatih (Nidzam Adzha Yusof) tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan saya dalam kesebelasan utama.
“Kalau boleh saya mahu diturunkan pada perlawanan bertemu PKNS, Selasa ini (esok) dan membantu meningkatkan prestasi Kedah,” katanya yang tetap lega apabila menghampakan hajat skuad bimbingan V Sundramoorthy daripada meraih kemenangan pertama.

Walaupun berada di kelompok bawah Liga Super, Baddrol berkata, dia tidak bimbang dengan kedudukan ketika ini kerana saingan baru bermula dua perlawanan dan jurang mata juga tidak besar berbanding pasukan kelompok pertengahan.

Kapten skuad Harimau Muda yang menjulang pingat emas pada Sukan SEA Indonesia tahun lalu, berkata sasaran Kedah kini ialah meraih mata penuh apabila turun menentang PKNS dalam perlawanan ketiga liga.

“Rakan sepasukan juga sedar di mana kelemahan kami dan mereka akur perlu meningkatkan lagi prestasi terutama ketajaman di barisan depan,” katanya yang mengalami kecederaan ketika aksi pemanas badan menentang Perlis sebelum liga bermula.

Related Posts:

  • Tuah Tahun Naga LEE Chong Wei membuktikan dia masih dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Terbuka Malaysia buat kali kelapan selepas menundukkan Kenichi Tago dalam perlawanan akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. “Ini fin… Read More
  • Ledakan Puyol, Abidal Benam Real PEMAIN Barcelona, Carles Puyol (dua dari kiri) melakukan tandukan yang menghasilkan gol pada suku akhir pertama Piala Raja Sepanyol menentang Real Madrid, semalam. - REUTERS SENTUHAN pemusnah pemain veteran, Carles Puyo… Read More
  • Dihalang renang tutup auratSHAH ALAM: Seorang ayah kecewa apabila hasrat dua anaknya menyertai pertandingan renang dianjurkan Persatuan Renang Amatur Selangor di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13, di sini, terbantut semata-mata pakaian renang be… Read More
  • Beckham kekal di Los Angeles GalaxyLOS ANGELES - Bintang bola sepak England, David Beckham menandatangani kontrak baru selama dua tahun dengan Los Angeles Galaxy dan berkata keluarganya berharap untuk menetap lebih lama di Amerika Syarikat. "Saya dan kelua… Read More
  • ‘Saya sudah kahwin baru’KUALA LUMPUR: “Ya, saya sudah kahwin baru...akhir tahun lalu,” demikian secara ringkas pengakuan bekas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim. Selepas sekian lama ‘mengunci mulut’, Roslin ketika ditemui wartaw… Read More

0 comments:

Post a Comment