15 January 2012

Azraai puji aksi anak didik

MOHD Azraai Khor Abdullah memuji persembahan anak didiknya selepas membuktikan kemampuan sebenar ketika melakar kemenangan pertama saingan Liga Super dengan menewaskan Johor FC, 2-0 di gelanggang lawan, kelmarin.

Ketua jurulatih Negeri Sembilan itu menyifatkan kemenangan bukan saja meletakkan kembali skuad Hoben dalam kelompok dihormati, tetapi juga sebagai hadiah sempena keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, kelmarin.
Katanya, dia berpuas hati dengan aksi semua pemain walaupun berdepan cabaran sengit daripada anak didik K Devan yang dibarisi pemain berpengalaman.
“Lebih menarik, persefahaman antara Effa (Jean Emmanuel Effa Owona) dengan Ahmad Shakir Ali di barisan depan mulai menampakkan peningkatan ketara apabila kedua-duanya saling membuat hantaran tepat dan berkualiti untuk melakukan jaringan.

“Komitmen tinggi pemain sayap seperti Shahurain Abu Samah dan S Kunanlan juga banyak membantu bahagian depan untuk melakukan penyudahan lebih berkesan,” katanya, semalam.

Menurut Azraai, aksi permainan kelmarin juga menyerlahkan kemampuan beberapa pemain muda, walaupun ramai beranggapan Negeri Sembilan hanya menyandarkan harapan kepada Effa.

“Walaupun berstatus pemain muda, Ahmad Shakir membuktikan dia boleh melaksanakan tanggungjawab dengan menjaringkan kedua-dua gol dan saya berharap kedua-dua penyerang akan terus berusaha menambah jaringan selepas ini,” katanya.

Related Posts:

  • Sambutan hari jadi Muhammad Ali meriahLOUISVILLE: Lebih 300 orang menghadiri sambutan hari jadi ikon tinju, Muhammad Ali kelmarin, yang juga majlis mewah untuk mengumpul dana dengan bayaran AS$1,000 (RM3,133) di rumahnya di Kentucky. Ali, antara ahli sukan te… Read More
  • ‘Pemain kami kurang daya imaginasi’LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish percaya kekurangan daya imaginasi menjadi punca pasukannya menempuh detik menyedihkan di laman sendiri. The Reds tidak pernah tewas dalam kempen EPL di Anfield tetapi mengumpu… Read More
  • Real lapan mata di depanMADRID: Jose Callejon meledak gol kemenangan pada lewat permainan untuk Real Madrid ketika anak buah Jose Mourinho bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menewaskan Mallorca 2-1 dan melebarkan penguasaan La Liga kep… Read More
  • Scholes buktikan: FergieMANCHESTER: Sir Alex Ferguson menyokong Paul Scholes untuk membuktikan kepada pengkritiknya selepas pemain veteran itu meraikan kelibatnya keluar daripada persaraan dengan gol buat Manchester United ketika menewaskan Bolto… Read More
  • Baddrol kecewa Kedah sekadar raih satu mataPENYERANG kebangsaan, Baddrol Bakhtiar hanya mampu memandang geram ketika menyaksikan Kedah seri tanpa jaringan dengan Lions XII Singapura di Stadium Darul Aman kelmarin. Menurutnya, dia agak kecewa kerana rakan sepasukan… Read More

0 comments:

Post a Comment