25 January 2012

Zahid mahu Umno-Pas dialog

Zahid ajak Guan Eng naik kapal selam
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog untuk kebaikan negara.

Beliau berkata, Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.

 “Sebagai salah seorang pemimpin Umno saya bersependapat dengan (bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Nasharudin (Mat Isa) kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Nasharudin, ketika menjawab soalan peserta Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global di sini kelmarin berkata isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, ia merupakan cadangan yang baik demi perpaduan ummah dan kepentingan menegakkan perjuangan syiar Islam di negara ini.

Katanya, kepentingan ummah dan Islam mestilah mengatasi kepentingan politik parti kumpulan tertentu kerana ia akhirnya merugikan orang Melayu dan umat Islam sendiri.

Beliau berkata, selama ini ada pemimpin parti pembangkang termasuk PAS lebih mementingkan soal parti daripada kepentingan sebenar umat Islam di samping menuduh Umno tidak melaksanakan tuntutan Islam.

Menurutnya, sekarang sudah sampai masanya pemimpin berusaha menyatukan  pemikiran, hati dan tindakan umat Islam di negara ini bagi mencapai matlamat mengangkat martabat agama berkenaan.

“Umno sedia berdialog dengan PAS berkaitan isu Islam di negara ini jika parti itu benar-benar ikhlas tanpa mengenakan syarat tertentu dan memikirkan keuntungan politik sesetengah pemimpin mereka," tegasnya.

Zahid berkata, sebagai umat Islam yang cintakan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan, umat Islam mestilah mengamalkan sikap, pemikiran dan tindakan yang sederhana sekiranya mahu dihormati penduduk dunia yang lain.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan yang dianggap baik itu perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi Umno sebelum keputusan dibuat sama ada Umno bersetuju atau sebaliknya dialog itu diadakan. - Bernama

Related Posts:

  • Kenapa The Star siar gambar ini? KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari. “Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-o… Read More
  • Pak Imam baling kasut ke arah panel hakimSeorang Imam, Hoslan Hussin hari ini dipanggil ke Mahkamah Persekutuan untuk menjelaskan tindakannya membaling kasut ke arah panel hakim berkenaan dalam satu insiden bulan lalu. Hoslan, 46, berkata beliau telah menerima s… Read More
  • 5 negara kos hidup paling murah di dunia Nombor 1 Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harg… Read More
  • Ustaz lucah cium budak lelakiMelaka - Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu. Ismail Ghazali, 44, dari M… Read More
  • Nak kahwin dengan warga asing tu cek dulu background dia Gambar Hiasan GEORGE TOWN — Biro Perkidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang ingin berkahwin dengan warganegara asing supaya mengenal pasti latar belakang terlebih dahulu bagi mengelakkan is… Read More

0 comments:

Post a Comment