19 January 2012

Warga emas kurung, perkosa gadis didakwa

 

yusoff dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


 KOTA BHARU – Seorang warga emas yang dikaitkan dengan kes mengurung seorang gadis Indonesia selama enam bulan bagi dijadikan mangsa memuaskan nafsu seks dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohd. Yusoff Yunus.

Dakwaan terhadap Yusoff dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan denda.

Yusoff didakwa memperdagangkan gadis Indonesia berusia 24 tahun itu dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Limau Manis di sini antara bulan Jun hingga Disember tahun lalu.

Lelaki tua yang berjanggut panjang itu tidak mengemukakan apa-apa rayuan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Related Posts:

  • Ustaz lucah cium budak lelakiMelaka - Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu. Ismail Ghazali, 44, dari M… Read More
  • Bekas Isteri sultan Brunei kena tipuLONDON - Mariam Aziz yang merupakan bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei mendakwa seorang bekas pengawal peribadinya mencuri dan menjual barangan kemas bernilai £12 juta (RM57.2 juta), lapor akhbar M… Read More
  • Lelaki terlampau kahwin 6 serentak BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya. KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu emp… Read More
  • Kenapa The Star siar gambar ini? KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari. “Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-o… Read More
  • Pengurus Citibank dipenjara 8 tahunJAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia semalam mendapati bekas pengurus perhubungan Citibank, Inong Malinda Dee, 49, bersalah melakukan pengubahan wang haram. Dia memindahkan wang para pelanggannya ke dalam akaun miliknya untu… Read More

0 comments:

Post a Comment