19 January 2012

Dijel kerana tikam teman wanita


AZWAN dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan.


MELAKA – Kemarahan seorang penarik kereta yang menikam kekasihnya yang mahu memutuskan hubungan cinta berakhir dengan lelaki itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Azwan Azmin, 23, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Norzila Alismadi, 22, menggunakan sebilah pisau.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di belakang restoran McDonald’s Melaka Mall bersebelahan bangunan Melaka Mall pada 5 Januari lalu pada pukul 10 malam.

Azwan yang belum berkahwin itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan. 

Terdahulu peguam tertuduh, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh dalam rayuan memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya dengan alasan semasa kejadian tertuduh tidak matang dan waras kerana terlalu marah.

“Pengakuan salah tertuduh pada sebutan pertama kes hari ini (semalam) juga menjimatkan masa mahkamah apabila mahkamah tidak perlu mendengar perbicaraan penuh kes,” kata Sheikh Ikhzan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin mahu hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh.

Menurut Ifa, sebelum berjumpa mangsa, tertuduh membawa pisau yang dilihat persediaan untuk mencederakan mangsa.

“Doktor yang merawat mangsa mengesahkan kecederaan dialami selepas ditikam di rusuk kiri adalah satu kecederaan serius yang boleh membawa maut.

“Akibat tikaman itu mangsa kehilangan banyak darah,” kata Ifa.

Related Posts:

  • Muka isteri dibakar penagihMata kiri mangsa melecur suspek cucuh guna pemetik api KOTA BHARU: Seorang penagih dadah dipercayai membakar muka isteri sehingga melecur mata kiri dalam kejadian di Kampung Kedai Buluh, Badang, di sini, Khamis lalu.&nb… Read More
  • Wanita ditemui mati berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman pada leher KUALA LUMPUR - Seorang pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat ditemui mati berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman pada leher di dalam keretanya di parkir sebuah Pusat Perniagaan di Seri Kembang… Read More
  • Terkejut apabila menemui mayat seorang wanita TANJONG KARANG - Orang ramai yang melalui tali air d… Read More
  • Risau diri ditetak TAJAM... Mohamad Nasir menunjukkan parang yang dirampas daripada suspek. MUAR: Risau dirinya ditetak, seorang lelaki melanggar penjenayah bersenjata parang dengan keretanya dalam usaha menyelamatkan diri selepas gagal me… Read More
  • Isteri tua belasah maduKUALA LUMPUR: Niat seorang suami untuk mempertemukan dua isterinya bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga membawa bencana selepas isteri keduanya parah di muka akibat ditumbuk madu dalam kejadian berhampiran Taman … Read More

0 comments:

Post a Comment