26 January 2012

Warga emas dituduh cabul kehormatan cucu perempuan

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.

Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di sini antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Feb untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne.- Bernama

Related Posts:

  • 'Sudah lama jadi YB', Hadi tawar tak tanding MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang … Read More
  • Israel: Amaran Anwar, 'jangan belit kenyataan saya' SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu menye… Read More
  • Berdepan empat pertuduhan TANGKAK – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.Tertuduh, Azharuddin Ahmad, 43, dari Bukit Katil, Melaka dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana m… Read More
  • Polis rampas senapang, bahan letupanm KOTA BHARU- Polis Kelantan menahan tiga lelaki termasuk salah seorangnya warganegara Thailand dan merampas selaras senapang patah bersama sebutir peluru ketika memeriksa sebuah kereta Proton Satria di Jalan Doktor, dekat sin… Read More
  • ‘Tahfiz’ auta HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.   SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.&… Read More

0 comments:

Post a Comment