15 January 2012

Wanita Indonesia maut tak sempat jumpa suami

SHAH ALAM: Seorang pejalan kaki wanita warga Indonesia maut selepas dirempuh sebuah kereta Proton Savvy dalam kemalangan di kilometer 15.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, pagi semalam.
Kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu turut menyebabkan beribu liter air memancut setinggi lebih 30 meter kerana kereta yang sama kemudian melanggar saluran paip air milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan sebuah kotak elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Mangsa berusia 30-an yang berjalan kaki menuju ke perhentian bas berhampiran dipercayai mahu bertemu suaminya di Klang cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebelum merempuh mangsa, kereta Proton Savvy dipandu seorang lelaki yang dalam perjalanan ke Klang hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta jenis Mazda dari belakang lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya. Proton Savvy itu kemudian merempuh mangsa sebelum melanggar saluran paip air utama sebesar 42 inci milik Syabas dan kotak elektrik milik TNB, seterusnya terhumban ke dalam longkang. Pancutan air setinggi lebih 30 meter ke udara boleh dilihat dari jarak satu kilometer dari tempat kejadian. Selepas melanggar kereta Proton Savvy, kereta Mazda dinaiki dua lelaki berusia 20-an itu turut hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan lebuh raya, tetapi hanya cedera ringan. Pemandu Proton Savvy berusia 28 tahun itu cedera parah dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk rawatan lanjut dan pemandu dan penumpang kereta Mazda bagaimanapun hanya cedera ringan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk dibedah siasat.

Related Posts:

  • Pengantin baru dibunuhKUALA LIPIS: Seorang suri rumah yang baru enam bulan berumah tangga ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan beberapa kesan tikaman di tubuhnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian pada jam 5.40 p… Read More
  • Drebar ‘syok’ ragut 2 nyawaREMUK...keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.  JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaanny… Read More
  • MB Selangor: Mas Kg Baru disusun semula KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mengumumkan akan menyusun semula keanggotaan Lembaga Pentadbir Pertanian Penempayan (Ma… Read More
  • AirAsia disaman kerana tambang SEBUAH pesawat Airbus A330 AirAsia X dalam penerbangan. Kempen tambang murah syarikat itu di Internet mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa ia bukan kadar sebenar. SYDNEY - AirAsia semalam menerima tam… Read More
  • Khalid: MB boleh pantau Jais, Mais SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pertimbangan yang tepat apabila mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam agar institusi agama … Read More

0 comments:

Post a Comment