25 January 2012

Tel Aviv, destinasi popular golongan gay


SEORANG pondan membuat persembahan pada satu parti gay di Tel Aviv pada 7 Januari lalu.


TEL AVIV, Israel - Bandar raya Tel Aviv di sini menjadi antara destinasi paling popular yang dikunjungi golongan gay dari seluruh dunia.

Di bandar raya Israel ini, pasangan gay boleh berjalan sambil berpegangan tangan malah, mereka turut dibenarkan bercium di tempat awam.

Selain itu, iklimnya yang nyaman ditambah dengan pelbagai hiburan malam serta kempen berterusan oleh pemerintah banyak membantu menjadikan bandar raya ini sebagai syurga dunia gay.

Pihak dewan bandar raya di sini pula membelanjakan sekitar AS$100,000 (RM310,500) atau lebih dua pertiga bajet pemasaran antarabangsa bagi memancing kedatangan pelancong gay.

"Kami cuba menjadikan bandar raya ini bandar raya contoh dengan mengamalkan keterbukaan, pluralisme dan toleransi," kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai.

Menurutnya, puluhan ribu pelancong gay dari luar negara berkunjung ke bandar raya ini pada setiap tahun.
Tel Aviv juga diumumkan sebagai bandar raya gay paling terbaik di dunia pada 2011 selepas ia memenangi tempat pertama pada satu pertandingan antarabangsa. - Agensi

Related Posts:

  • CIA, Mossad bunuh saintis Iran RAKYAT Iran beramai-ramai mengiringi keranda saintis nuklear negara itu, Mostafa Ahmadi Roshan untuk dikebumikan di Tehran apabila maut selepas ejen CIA, Mossad dipercayai memasang bom pada keretanya.TEHRAN: Pemimpin … Read More
  • Seluar pendek tak sesuai di stadiumTANGERANG: Polis mempertahankan tindakan mereka selepas gambar pegawainya menegur seorang gadis bawah umur kerana memakai seluar pendek didedahkan di internet. Jurucakapnya, Haru Manurun memberitahu akhbar Jakarta Globe … Read More
  • Eva Longoria berasa 'takut'LOS ANGELES 14 Jan. - Pelakon siri drama Desperate Housewives, Eva Longoria mengakui dia berasa amat 'takut' dengan penggambaran terakhir siri tersebut. Pelakon itu dan rakan-rakan seperjuangannya kini dalam proses peggambar… Read More
  • Kristen Stewart jurucakap BalenciagaLOS ANGELES 14 Jan. - Aktres Kristen Stewart dilaporkan telah menandatangani satu kontrak untuk menjadi jurucakap wangian terbaru jenama Balenciaga bagi musim luruh ini. Stewart berkata, dia gembira mewakili jenama itu kera… Read More
  • Zardari tenang, Gilani bimbang ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari tidak bimbang mengenai masa depan politiknya sekalipun menghadapi persoalan baru sekembalinya daripada lawatan ke Dubai semalam, sama ada beliau dipaksa melepaskan jaw… Read More

0 comments:

Post a Comment