25 January 2012

Punca jualan kereta terkecil merudum


GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta Nano terbakar pada 21 Mac 2010 di Mumbai, India.


NEW DELHI - Apabila Tata Motors melancarkan Nano pada 2009, kereta kompak termurah di dunia itu dijangka mencatat keuntungan besar di pasaran.

Nano dikatakan jalan penyelesaian kepada jutaan keluarga kelas pertengahan bawahan di India yang berhasrat memiliki kereta sendiri tanpa membebankan ekonomi mereka.

Namun, perkara sebaliknya telah berlaku. 

Golongan terbabit meminggirkan kereta berharga AS$2,800 (RM8,694) itu dan memilih untuk membeli kereta lebih mahal atau kereta terpakai pada harga yang sama.

Perkembangan negatif itu dipercayai berpunca daripada persepsi masyarakat bahawa Nano adalah kereta orang miskin.

"Kereta Nano sentiasa dianggap kereta orang miskin. Tiada siapa mahu dilihat memandunya," kata Punnoose Tharyan, editor sebuah majalah permotoran India, Motown.

Menurut ketua perniagaan Tata Motors, jualan bulanan Nano adalah sekitar 10,000 unit, jauh tersasar daripada sasaran jualan 25,000 kenderaan sebulan.

Selain itu, beberapa tragedi kereta Nano terbakar sejak beberapa tahun lalu juga dilihat tidak membantu meningkatkan imej kereta kompak itu di mata masyarakat. 

Ketua Tata, Ratan Tata mengaku bahawa kesilapan telah dibuat sehingga menyebabkan terdapat persepsi bahawa Nano ialah sebuah kereta untuk golongan miskin. 

Justeru, bagi memperoleh jualan yang memberangsangkan, Tata telah memberikan pengubahsuaian dengan menyediakan lebih banyak warna termasuk warna oren betik. - AFP

Related Posts:

  • Gay dibinuh kejam di Iraq GAMBAR yang dirakam pada Rabu lepas menunjukkan dua lelaki 'emo' Iraq di Baghdad menghembuskan asap sisha bagi menyembunyikan identiti mereka. BAGHDAD - Golongan belia yang digelar 'emo' dibunuh dengan kejam dan seca… Read More
  • Manusia Batman yang Asli GAMBAR menunjukkan bilik tidur Zoltan Kohari. DUNAJSKA STREDA, Slovakia - Seorang lelaki yang memakai kostum mirip Batman disanjung sebagai wira kerana dia kerap membantu orang ramai. Batman merupakan watak adiwira dalam… Read More
  • Ahmadinejad - Golongan Gay tak wujud di Iran PEMAJU perumahan, Sammy Younai (kiri) dan Farahan dalam satu adegan siri realiti baharu, Shahs of Sunset yang mula ditayangkan di AS semalam. LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Siri realiti baharu, Shahs of Sunset ya… Read More
  • 8 Airport Paling bahaya di duniaDalam kehidupan seharian yang serba canggih sekarang ini, lapangan terbang boleh jadi tempat yang paling sibuk di dunia. Setiap minit pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang yang berbeza di seluruh dunia. Ada banyak… Read More
  • Wajah tentera-tentera Britain yang terbunuh di Afghanistan semalamLima daripada enam tentera Britain yang terbunuh dalam letupan periuk api Taliban semalam adalah para tentera yang masih muda. Usia mereka tak sampai 21 tahun. Kementrian Pertahanan Britain mengatakan secara rasmi, bahawa li… Read More

0 comments:

Post a Comment