15 January 2012

Sambutan hari jadi Muhammad Ali meriah

LOUISVILLE: Lebih 300 orang menghadiri sambutan hari jadi ikon tinju, Muhammad Ali kelmarin, yang juga majlis mewah untuk mengumpul dana dengan bayaran AS$1,000 (RM3,133) di rumahnya di Kentucky.

Ali, antara ahli sukan terkenal dunia, menyambut ulang tahun kelahiran ke-70, esok.
Bekas juara heavyweight dunia tiga kali itu kini mengalami penyakit Parkinson yang mana doktor berkata, ia mungkin disebabkan kariernya selaku peninju.
Majlis mengumpul dana itu diadakan di Pusat Muhammad Ali di Louisville dan ia sebahagian daripada kemudahan aktiviti untuk program “Tujuh Hari untuk Tujuh Dekad.”

Ali bergerak perlahan tetapi ada kala berjalan dengan sendiri tanpa bantuan tatkala dia berbual dan melambai kepada hadirin.

Selain saudara mara, mereka yang hadir termasuk bekas jurulatih Ali, Angelo Dundee dan tiga pengembara Amerika yang pernah dipenjara di Iran suatu ketika dulu. Ali, yang beragama Islam memberi tekanan kepada kerajaan Iran untuk pembebasan mereka.

Bintang rock, John Mellencamp, yang anak lelakinya juga seorang peninju, membuat persembahan pada majlis itu.
Ali, yang lahir dengan nama Cassius Clay di Louisville 17 Januari 1942, memiliki rumah di Arizona dan Michigan serta Louisville.

Pada November lalu, legenda heavyweight itu dimasukkan ke hospital di Phoenix kerana dehidrasi, beberapa hari selepas dia menghadiri pengebumian pencabar lamanya, Joe Frazier, yang meninggal dunia kerana kanser hati di Philadelphia, 8 November lalu.

Ali cuba untuk menggunakan statusnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit dialaminya dan berkempen untuk mengutip dana bagi penyelidikan. – AFP

Related Posts:

  • Chelsea kian kecundang PEMAIN Napoli, Ivan Lavezzi (dua dari kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, awal pagi semalam.  BUAT pertama kali sejak 1996, England berdepan kemungkin… Read More
  • Inginkan kemenangan PEMAIN-PEMAIN skuad Piala Thomas dan Uber negara gigih berlatih menjelang kempen kelayakan di Macau minggu depan. FOKUS untuk menang. Itulah misi utama ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek menjelan… Read More
  • Dirinya teraniaya    Mohd Yunus Lasaleh Pelari tonggak kuartet emas 4X400m Sukan SEA buat laporan polis cari keadilan DEMI menegakkan kebenaran, atlit kuartet 4x400 meter lelaki yang didapati positif bahan terlarang ketika… Read More
  • United masih sayang BerbatovLONDON - Manchester United bakal memperbaharui kontrak Dimitar Berbatov untuk tempoh selama setahun lagi. Keputusan tersebut sekali gus menutup pintu buat penyerang antarabangsa Bulgaria itu untuk berhijrah ke kelab lain. Kon… Read More
  • Terengganu, Kelantan dijangka ke pusingan kedua MALAM ini, 26 pasukan bakal berentap memperagakan ke… Read More

0 comments:

Post a Comment