15 January 2012

Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.
“Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.
“Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.
“Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.
Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.
Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.
Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.
Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).
Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan
“Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah,” ujarnya lagi.

Related Posts:

  • Mahfuz: Pas tidak mahu layan kerenah UmnoSHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, pihaknya tidak akan membuang masa melayan kerenah parti yang telah "busuk" - Umno untuk mengadakan sesi dialog kerjasama politik. Semalam, rakan sejawatannya dar… Read More
  • Rayuan kes SaifulPejabat Peguam Negara sahkan notis difail jam 4.30 petang KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara semalam memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripa… Read More
  • Shahrizat fail saman RM100 juta terhadap pemimpin PKR                                     &nb… Read More
  • Saiful percaya peguam kemuka rayuanKUALA LUMPUR: Keluarga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan masih menaruh harapan dan kepercayaan, Peguam Negara akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebask… Read More
  • Menteri Besar dakwa golongan pemuda Melayu pemalasKOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa pemuda Melayu negara ini pemalas hasil didikan Umno yang menolak ajaran Islam dalam kehidupan harian sehingga melupakan akhirat. Menurutnya, sudah tiba masa… Read More

0 comments:

Post a Comment