26 January 2012

Puting beliung akibatkan tujuh mati

AKARTA - Puting beliung dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di pulau Jawa dan Bali pada Rabu mengakibatkan tujuh orang maut, 51 cedera dan lebh 1,000 rumah penduduk rosak. 
Mangsa yang terbunuh akibat ditimpa pokok terdiri daripada tiga orang di Purbalingga, masing-masing seorang di Jakarta Selatan dan Wonosobo serta dua orang di Bali.
 
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan 22 daerah dan bandar dilanda puting beliung pada Rabu iaitu Jakarta Selatan, Kepulauan Seribu, Bekasi, Sukabumi, Indramayu,  Magelang, Semarang, Sleman, Wonosobo, Purbalingga, Banjarnegara, Ponorogo, Ngawi, Magetan, Situbondo, Kediri, Blitar, Malang, Bangkalan, Sumenep dan Bali.
 
Kerosakan rumah paling banyak ialah di Kepulauan Seribu yang melibatkan sejumlah 499 rumah.
 
BNPB berkata puting beliung dan angin kencang yang berlaku semalam dipengaruhi siklon tropika IGGY yang berada di Lautan Hindi di sebelah Selatan Bali dan Nusa Tenggara.
 
Mengikut ramalan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia, siklon tropika IGGY membawa kesan tiupan angin berkelajuan lebih 36 km sejam dan gelombang laut setinggi empat hingga enam meter di beberapa perairan Indonesia. - BERNAMA

Related Posts:

  • Mangsa siram asid syukur tak butaKOTA BHARU: “Saya bersyukur kerana masih dapat melihat,” kata ejen insurans, Wan Hussin Wan Yusof, 52, yang melecur teruk di muka dan badan akibat disiram sejenis cecair dipercayai asid, Sabtu lalu. Menurutnya, dia engga… Read More
  • Pekerja kilang maut digilisSHAH ALAM: Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut digilis lori di Kilometer 1.8, Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), berhampiran Loji Percetakan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, di s… Read More
  • Hasrat kapten bernikah tidak kesampaian E-mel ArtikelBATU PAHAT: “Kami teruja menerima menantu ketiga hujung tahun ini, namun apakan daya anak ketiga kami daripada empat beradik meninggal dunia sebelum sempat bernikah dengan tunangnya,” kata Buhari Ahmad, 56, bapa Kapten Kha… Read More
  • 40,000 mati di jalan raya BrazilRIO DE JANEIRO: Kemalangan jalan raya di Brazil menyebabkan 40,000 orang terbunuh tahun lalu, kata kementerian kesihatan negara itu, semalam. Laporan rasmi dikeluarkan kerajaan itu menjadikan Brazil sebagai satu daripada n… Read More
  • Pelajar mati lemas di MedanIPOH: “Dia (mendiang) sepatutnya pulang bercuti pada 28 Januari depan, tetapi kami tidak menyangka sebaliknya akan menyambut mayatnya hari ini (semalam),” kata N Ramakrishnan, 21, abang kepada N Sethubathi, 20, pelajar U… Read More

0 comments:

Post a Comment