KUALA LUMPUR 28 Januari 2012 - Seorang pekerja restoran wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan beberapa tikaman di badan dipercayai disamun dalam bilik sewanya di rumah kedai dua tingkat, Jalan Radin Anum 1, Sri Petaling di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mangsa yang hanya dikenali sebagai Kurnani, 46, ditemui oleh adiknya, yang tidak mahu dikenali, pada 4 petang ini.
"Adiknya telah datang ke rumah kedai yang mempunyai 19 bilik sewa di tingkat atas, di mana salah satu bilik disewa Kurnani. Apabila diketuk pintu berkunci dari dalam serta tiada jawapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata, adiknya kemudian mengambil tangga untuk mengintai dari atas bilik kakaknya itu dan melihat kakaknya terbaring berlumuran darah sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 4.45 petang.
Katanya ,siasatan awal polis mendapati barang kemas milik mangsa dicuri.
Wan Abdul Bari berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Seorang rakan mangsa, yang turut enggan dikenali, berkata mangsa, yang telah bekerja selama 10 tahun di sebuah restoran berdekatan, pergi ke bank pada pukul 11.30 pagi ini dengan memakai barangan kemas.
Katanya, mangsa sepatutnya kembali bekerja di restoran berkenaan esok setelah bercuti pada Tahun Baru Cina.
"Dia ada lima orang anak di Indonesia dijaga oleh keluarga dan suaminya sudah meninggal," katanya. - Bernama

0 comments:
Post a Comment