25 January 2012

Nano tidak dapat sambutan

NEW DELHI: Ketika syarikat Tata Motors dari India melancarkan kereta Nano pada 2009, konsep ‘kereta termurah di dunia’ yang diperkenal dalam satu daripada pasaran automobil yang kian berkembang di dunia dijangka mampu mencapai kejayaan. 

Secara logik, tiada kesilapan dalam strategi itu yang menawarkan penyelesaian terbaik kepada keluarga kelas rendah pertengahan yang ingin menaiktaraf kenderaan dua roda kepada empat.

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun jualan mengecewakan, jelas kini harga kenderaan terbabit yang menjadi sasaran jualan utama, sebenarnya menyumbang kepada kegagalan itu.

Daripada membeli Nano, pengguna yang prihatin dengan status mereka menolak kenderaan ‘murah’ berharga AS$2,800 (RM8,694) itu dan memilih kenderaan lain berharga lebih mahal sedikit atau kenderaan terpakai dengan harga sama.

“Kereta Nano sering dianggap kenderaan orang miskin. Tiada siapa mahu memandunya,” kata Editor majalah India’s Motown, Punnoose Tharyan. Menurut Ketua Perniagaan Tata Motors, R Ramakrishnan, jualannya jauh daripada mencapai 25,000 unit sebulan dan kilang Nano yang mampu mengeluarkan kapasiti sebanyak 250,000 unit hanya menghasilkan 10,000 unit sebulan. Model asas dijual tanpa pendingin hawa yang menjadi kekurangan dalam cuaca panas menyengat di India berharga RM8,694.

Versi premium yang dilengkapi pendingin hawa, sistem kuncian pusat dan cermin tingkap automatik berharga 196,959 rupee (RM12,218). - AFP

Related Posts:

  • Minda: Kaliber Romney saingi ObamaSELEPAS menang tipis di Iowa dua minggu lalu , Mitt Romney bangkit kembali dengan kemenangan yang meyakinkan dalam pilihan raya Republikan di New Hampshire, baru-baru ini. Mitt Romney, seorang jutawan dan juga bekas Gab… Read More
  • Saudara zalimKUALA LUMPUR: Hasrat murni seorang adik mahu membetulkan kesalahan abang kandungnya mengundang padah apabila dia bukan saja dipukul malah kaki kirinya turut ditetak dengan parang dalam kejadian di kawasan flat di Jalan Ken… Read More
  • Askar AS kencing mayat disiasat WASHINGTON - Empat tentera laut Amerika Syarikat (AS)… Read More
  • India dakwa laman web hina pemimpin dan tokoh agamaNEW DELHI - Buat pertama kalinya, pendakwa raya India mengenakan tindakan ke atas laman sosial Google, Yahoo, Facebook dan lain-lain laman web ke mahkamah kerana enggan menyingkirkan bahan yang dianggap berunsur penghinaan… Read More
  • 98 kematian di Kemboja kerana malaria PHNOM PENH - Seramai 98 rakyat Kemboja terbunuh berikutan dijangkiti malaria tahun lalu yang mana menyaksikan penurunan angka sebanyak 35 peratus daripada 151 kematian pada tahun sebelumnya. Menurut Pengarah Pusat Kebang… Read More

0 comments:

Post a Comment