27 January 2012

Misi hidup, mati skuad Kedah


KEDAH (jersi hijau kuning) tiada pilihan lain kecuali menang pada aksi menentang Johor FC malam ini bagi mengembalikan keyakinan mereka.


PERTEMUAN Kedah dengan Johor FC di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini ibarat hidup dan mati berikutan himpitan tekanan skuad Kenari yang masih gagal mencapai sebarang kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super musim ini.

Perlawanan itu juga pasti menjadi tumpuan penyokong dan pemain selain pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sudah pastinya mengharapkan tuah berpihak kepada mereka.

Biarpun KFA meminta penyokong tidak gusar, sebaliknya memberi peluang kepada skuad Kenari meningkatkan aksi mereka, namun realiti yang mungkin tidak boleh dielakkan ialah tekanan akan terus memuncak jika kemenangan malam ini berpihak kepada lawan. 

Pertemuan dua pasukan yang boleh dianggap ‘final’ itu bakal menjadi penentu bagi meredakan sedikit tekanan yang ditanggung Kedah atau sebaliknya.

Perlawanan ini juga ‘menarik’ kerana kedua-dua pasukan kepingin kemenangan untuk keluar daripada dasar carta liga. 

Sebahagian penyokong Kedah sebelum ini juga mahu KFA bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi Kenari selain desakan pengurus pasukan, Datuk Khazali Din berundur daripada jawatannya.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah memberitahu, para penyokong bersikap tunggu dan lihat perkembangan prestasi pasukan itu, khususnya keputusan perlawanan menentang Johor FC.

Katanya, sekiranya tersurat Kedah tewas, dia percaya gelombang desakan penyokong kian memuncak selain bakal menyaksikan kemerosoton orang ramai ke stadium selepas ini.

“Kita terkilan kerana KFA gagal mendapatkan penyerang import berkualiti seperti Marlon Alex James (penyerang Angkatan Tentera Malaysia).

“Kononnya faktor usia dan kecederaan biarpun pemain itu dikatakan berminat menyarung jersi Kedah.
“Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang masih dalam penggantungan diharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu kebangkitan Kedah kerana dia masih dapat memberi arahan di belakang tabir,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib menuntut pemain Kedah memberikan aksi terbaik dan komitmen tinggi bagi mencari kemenangan pertama musim ini.

Katanya, kemenangan itu mampu melonjakkan kedudukan Kedah ke tangga lebih baik kerana perbezaan mata yang kecil dengan pasukan lain.

“Kedah memiliki barisan pemain berkaliber dan komited untuk memperbaiki kelemahan, namun tidak boleh secara mendadak.

“Semua pihak yang sayangkan skuad Hijau Kuning perlu terus berada di belakang pasukan dan bersabar,” katanya.

Related Posts:

  • Kena ambil tahu apa sebenarnya SBPASkim ini sebenarnya ialah satu SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAMyang dibuat dengan desakan BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT Ini amat penting difahami didalam inti pati Buku Jingga Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 komit… Read More
  • Peminat hantar hadiah pelik INILAH tiga ekor ayam yang dimasukkan dalam beg dan digantung di pintu pagar rumah mangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin. KUALA LUMPUR - Hidup seorang setiausaha sebuah syarikat Teknologi Maklumat di sini menjad… Read More
  • Anak saudara Wook Kondor curi tanah KUALA BERANG – Seorang warga emas yang pernah mengge… Read More
  • Samseng serang kedai nasi lemak Gambar Hiasan GEORGETOWN - Pemilik sebuah kedai nasi kandar di Jalan Penang di sini, mendakwa kerugian lebih RM10,000 apabila peralatan restoran dirosakkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi tadi. Pengurus Restoren Yasme… Read More
  • Mahathir dedah pemerintahan UMNO/BN khianati Wang Rakyat"Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa langkah kerajaan untuk menyelamatkan daripada MAS mengakibatkan kerugian dana awam, tetapi berhujah terdapat kes-kes yang lebih teruk daripada penyel… Read More

0 comments:

Post a Comment