19 January 2012

Logo halal swasta kena tanggal


SEORANG pekerja sebuah restoran di dalam sebuah pasar raya menanggalkan logo halal yang tidak diiktiraf Jakimdi Seremban 2, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN - Sebanyak lima buah premis makanan di sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini semalam diarah menanggalkan logo halal kerana tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Arahan tersebut dikeluarkan selepas premis berkenaan diperiksa sepasukan pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, dalam pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, premis makanan tersebut didapati menggunakan logo halal swasta dan tidak diiktiraf oleh Jakim.

Katanya, pihaknya juga telah mengeluarkan notis amaran dan meminta pengusaha terbabit supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit.

Related Posts:

  • Laluan Malaysia sukar CHONG WEI mengetuai cabaran Malaysia pada kelayakan Piala Thomas di Macau. PELUANG skuad negara untuk mara sekurang-kurangnya ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas/Uber 2012 nampak semakin sukar. Ini ke… Read More
  • Misi hidup, mati skuad Kedah KEDAH (jersi hijau kuning) tiada pilihan lain kecuali menang pada aksi menentang Johor FC malam ini bagi mengembalikan keyakinan mereka. PERTEMUAN Kedah dengan Johor FC di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini ibarat h… Read More
  • Kilang penapis udara terbakar, rugi RM1 juta ANGGOTA bomba memadam kebakaran kilang membuat penapis udara di Seksyen 15, Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Sebuah kilang penapis udara, OYL Manufacturing Company Sdn. Bhd., kerugian lebih RM1 juta apabila hampir 80 peratu… Read More
  • Pemandu 'tangkap muat' bahayakan penumpang SEBERANG JAYA – Sikap segelintir pengusaha bas ekspres di negeri ini yang gemar mengambil pemandu secara ‘tangkap muat’ tanpa menyelidik latar dipercayai punca berlakunya pelbagai kesalahan trafik di jalan raya. … Read More
  • Penyu mahu elak perangkap Singa KUDRAT Manaf Mamat (kiri) ditagih oleh Mat Zan dalam usaha mereka menjinakkan Lions XII malam ini. DI sebalik prestasi konsisten yang dipamerkan anak-anak buahnya, sebenarnya masih ada rasa bimbang yang menyelubungi p… Read More

0 comments:

Post a Comment