20 January 2012

Kompaun lewat daftar lahir dimansuh

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa serta-merta, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memansuhkan bayaran kompaun RM50 yang dikenakan terhadap pemohon pendaftaran kelahiran lewat.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam. berkata pendaftaran kelahiran lewat ialah yang dilakukan lebih daripada 42 hari selepas sesuatu kelahiran yang dikenakan yuran proses RM10 dan kompaun RM50.
Beliau berkata, mengikut Seksyen 38, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan kompaun berkenaan mengikut kes seperti pemohon miskin atau berada di luar bandar.
Mengikut undang-undang, sesuatu kelahiran perlu didaftarkan dalam tempoh 14 hari yang mana prosesnya percuma.

Bagi pendaftaran kelahiran antara 15 hingga 42 hari, yuran proses dinaikkan kepada RM5.

Mahmood berkata, pengecualian itu juga turut membabitkan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Related Posts:

  • Ngeri! Kemalangan kereta terbakar hingga rentung ANGGOTA bomba mengangkat mayat Che Arminudin dan Marissa Alma yang rentung dalam kemalangan di Kota Bharu kelmarin. KOTA BHARU - Dua beranak yang bergegas keluar untuk menghantar saudara mereka menaiki pesawat tidak … Read More
  • MAS catat rugi bersih RM2.52b AHMAD JAUHARI mengumumkan keputusan kewangan MAS di Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA - Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun ke… Read More
  • Penjelasan Ustaz Badrulamin dan akan menyaman pemfitnahSaya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pa… Read More
  • Gadis cedera parah terima kotak bom ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian sebuah kotak meletup di Ramuan China Besar, Alor Gajah semalam. ALOR GAJAH – Tindakan seorang gadis mengangkat sebuah kotak yang diletakkan di luar pagar rumahnya di Ramuan China … Read More
  • Penculik tuntut RM210,000 + RM50,000 RUMAH Nagaraja di Taman Desa Pelancongan, Lahat, Ipoh yang telah dikosongkan selepas didakwa diintip penjenayah yang menculik bapanya Jumaat lalu. IPOH – Sebuah keluarga hidup dalam keadaan tidak keruan apabila bukan … Read More

0 comments:

Post a Comment