20 January 2012

Izwan Pilus meninggal dunia

Izwan Pilus
Izwan Pilus
Bekas pengacara Bintang RTM dijangkiti kuman dalam darah, kencing tikus

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini, petang semalam, berikutan jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus.
Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga dan rakan baik kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin. 

Awal Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan ditahan di wad selepas mengadu demam panas, manakala adiknya, Aril AF7 turut dimasukkan ke wad sama akibat demam denggi.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Jasin, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Allahyarham mula dikenali dalam industri hiburan tanah air selepas menjadi finalis Bintang RTM 2004 dan pernah muncul dengan album Indah Lelapku pada 2005. Beliau juga pernah menjadi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14. 

Related Posts:

  • Kaki berlipat hingga mukaGEORGETOWN: Mayat seorang pekerja kontrak ditemui dalam keadaan kakinya berlipat hingga ke muka selepas dihempap dinding konkrit pondok pengawal yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan di Sungai Ara, Bayan Lepas, d… Read More
  • 5 hari masih tak cukupKUALA LUMPUR: Peniaga Uptown Danau Kota, di sini, mendakwa kebenaran untuk berniaga lima hari seminggu yang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih tidak mencukupi untuk mereka mendapatkan keuntungan kerana rat… Read More
  • Duit susu beli dadah SENGSARA...Ina bersama anaknya yang kini hidup tertekan. JOHOR BAHRU: “Wang RM200 sumbangan Baitulmal membeli susu Syafiqah yang juga orang kelainan upaya (OKU) diguna suami bagi membeli dadah. “Keadaan men… Read More
  • 3 peluru tumpas ‘Ah Jin’GEORGETOWN: Selama ini hidupnya bergantung kepada kegiatan pemerasan dengan lagak samsengnya apabila menjadi ketua kepada satu geng kongsi gelap terkenal di Pulau Pinang. Bagaimanapun, kegiatan jenayah itu berakhir apabi… Read More
  • Lepas gian dalam surauKOTA BHARU: Tiga lelaki yang ditahan akibat menagih pil kuda bersikap keji apabila sanggup menggunakan sebuah surau di pusat snuker haram dekat Pasir Tumboh, di sini, sebagai tempat melepaskan gian.Dalam operasi bersepadu M… Read More

0 comments:

Post a Comment