15 January 2012

Iran akan diserang, kata Russia

Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Nikolai Patrushev semalam memberi amaran, peningkatan aktiviti ketenteraan kemungkinan meningkat di Iran dengan ancaman serangan Amerika Syarikat semakin pasti.

Menurutnya, Syria yang enggan memutuskan hubungan dengan Teheran juga boleh menjadi sasaran campur tangan Barat.

“Ada kemungkinan peningkatan aktviti ketenteraan di Iran dan Israel mendorong Amerika Syarikat ke arah itu,” kata Patrushev dalam temuramah yang disiarkan akhbar Kommersant.

“Ketika ini, Amerika melihat Iran sebagai masalah utamanya. Mereka cuba menjadikan Teheran daripada musuh kepada rakan dan untuk berbuat demikian, mereka mesti mengubah kerajaan yang ada sekarang dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Sementara itu, Tentera Amerika Syarikat berkata semalam, kapal pengangkut pesawat barunya sudah berada di Laut Arab dan sebuah kapal lagi kini dalam pelayaran menuju ke rantau berkenaan.

Ia bagaimanapun menafikan perkembangan itu ada hubungan dengan ketegangan dengan Iran baru-baru ini, sebaliknya mendakwa ia pergerakan rutin.

Peralihan dalam aset tentera laut Amerika Syarikat itu dilakukan ketika ketegangan dengan Iran semakin meningkat.

Minggu lalu, Iran mengancam menutup Selat Hormuz, laluan pengangkutan minyak menerusi jalan laut paling penting, jika sekatan Amerika dan Kesatuan Eropah berhubung program nuklearnya menyebabkan eksport minyaknya terhenti.

Amerika Syarikat berkata ia akan bertindak jika selat berkenaan ditutup.
Pegawai tentera Amerika berkata, USS Carl Vinson tiba di Laut Arab kelmarin untuk menggantikan USS John C Stennis yang diberi amaran oleh Iran supaya tidak kembali ke Teluk selepas meninggalkannya Disember lalu.
Stennis dijadual pulang ke pelabuhan markasnya di San Diego tetapi Pentagon tidak memberitahu bila.

Sebuah lagi kumpulan kapal pengangkut pesawat yang diketuai oleh USS Abraham Lincoln menamatkan lawatan ke Bangkok Selasa lalu dan kini berada di Lautan Hindi.

Ia dijual menyertai Vinson di kawasan Markas Pusat yang bermula di Laut Arab.-12/1/2012 -AP/AFP

Related Posts:

  • Speaker Kansas harap Presiden Obama pendek umur WASHINGTON: Seorang pemimpin Republikan di Kansas mencetuskan kemarahan selepas menghantar e-mel menyatakan harapan supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pendek umur. Pengkritik berkata, e-mel Speaker … Read More
  • 5 tiada kerja bakar diri SEORANG penunjuk perasaan terbaring selepas membakar diri di Rabat, Maghribi. Anggota Graduan Menganggur protes kurang pekerjaan di Maghribi RABAT: Lima penganggur membakar diri di ibu kota Maghribi sebagai sebahagian… Read More
  • Kanak-kanak mangsa terbaru H5N1JAKARTA 20 Jan. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menjadi korban terbaru selesema burung di Indonesia tahun ini, selepas seorang saudara lelakinya meninggal dunia juga akibat virus H5N1 awal bulan lalu. M… Read More
  • Ramai askar Amerika terbabit jenayah seksNEW YORK 20 Jan. - Jenayah keganasan seks yang dilakukan oleh anggota-anggota tentera Amerika Syarikat (AS) meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh lima tahun lepas dan ia dikaitkan dengan trauma perang. Menurut lapo… Read More
  • Iran tutup kedai patung BarbieTEHERAN 21 Jan. – Polis Iran bertindak menutup berpuluh-puluh kedai yang menjual patung Barbie sebagai sebahagian daripada usaha menyekat budaya Barat. Agensi berita Mehr melaporkan, polis merampas patung-patung Barbie it… Read More

0 comments:

Post a Comment