25 January 2012

Husam: Pas terbuka dialog dengan mana-mana komponen BN

Datuk Husam Musa
SHAH ALAM - Pas sentiasa terbuka untuk mengadakan sesi dialog bukan sahaja dengan Umno, malah dengan mana-mana komponen parti Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, sesi dialog yang bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian masalah tertentu adalah digalakkan dan ia tidak perlu dilakukan secara tertutup.

"Kami terbuka dan setuju sangat dengan dialog ini. Cuma sekarang yang tinggal, Umno boleh berdialog atau tidak?

"Jika mahu lakukan, perkara ini (dialog) tidak perlu tertutup sangat. Tidak perlu sembunyi-sembunyi sebab banyak benda akan disalahtafsirkan. Dunia kita sekarang dunia yang telus. Semua isu nasional telah diketahui rakyat. Saya tiada masalah jika untuk berdialog," katanya kepada Sinar Harian Online.

Bagaimanapun, Husam menegaskan, mengadakan sesi dialog dan melakukan perundingan perpaduan antara Pas dan Umno adalah dua perkara berbeza.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog untuk kebaikan negara.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika menjawab soalan peserta Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global Selasa lalu berkata, isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.

Zahid berkata, Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, ia merupakan cadangan yang baik demi perpaduan ummah dan kepentingan menegakkan perjuangan syiar Islam di negara ini.

Related Posts:

  • Laluan 'maut' nanti pemain badmintonGalas tugas Piala Thomas, Piala Uber LALUAN berduri seakan-akan sudah membayangi skuad negara menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas-Uber di Macau dari 13 hingga 19 Februari apabila tidak diletakkan antara empat pasuk… Read More
  • SPAD tahan 12 pemandu teksiKUALA LUMPUR 28/01/2012 — Seramai 12 pemandu teksi ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak menggunakan meter dalam satu operasi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) di sini malam tadi. Pengurus Besar Pen… Read More
  • Sabah ikat PKNS di Kelana JayaHAJAT PKNS FC untuk merakam kemenangan sulung tidak kesampaian apabila sekadar seri 2-2 dengan Sabah pada aksi kelima Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi. Biarpun selesa mendahului hasil dua jaringan penye… Read More
  • Maut ditetak lelaki mabuk KUALA LUMPUR – Seorang pekerja r… Read More
  • Gol final 1986 jadi kenangan BBERAPA rakan terdekat Allahyarham Razali memberi penghormatan terakhir ketika jenazah arwah tiba di rumahnya, malam tadi.  NAMA Razali Alias – bekas pemain Selangor yang berasal dari Singapura mungkin tidak s… Read More

0 comments:

Post a Comment