27 January 2012

Gingrich mahu bina pangkalan di bulan


CALON-CALON Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bertanding bagi mewakili Parti Republikan ialah Rick Santorum (kiri), Newt Gingrich (dua dari kiri) Mitt Romney (tiga dari kiri) dan Ron Paul yang berdiri semasa lagu kebangsaan AS diperdengarkan pada satu acara perdebatan di Jacksonville, Florida kelmarin.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Calon utama pilihan raya Presiden AS daripada Parti Republikan, Newt Gingrich mencetuskan perdebatan dengan mendakwa beliau akan membina sebuah pangkalan di bulan menjelang 2020 jika terpilih sebagai Presiden AS.

Beberapa pakar memandang sinis terhadap idea pemimpin berusia 68 tahun itu dengan menyatakan ia hanya satu jenaka.

Namun, idea beliau bukan sesuatu yang mustahil.

Pada 2006, Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas (NASA) mengumumkan pelan untuk mewujudkan koloni manusia di kutub selatan bulan sekitar tahun 2020 sebagai pangkalan untuk menjelajah sistem solar.

"Saya tidak mahu menjadi negara yang pertama sampai ke bulan tetapi kemudian berpaling seraya berkata, ini tidak penting, biar sahaja China mendominasi angkasa lepas, kita peduli apa?" kata Gingrich kelmarin semasa beliau mempertahankan rancangannya dalam satu debat Parti Republikan.

Selain Gingrich, turut bertanding untuk menjadi calon tunggal Presiden AS pada pilihan raya November depan daripada parti Republikan ialah bekas senator AS, Rick Santorum, bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney dan anggota perwakilan yang mewakili Texas, Ron Paul.

Salah seorang daripada mereka yang menang dalam pemilihan Parti Republikan yang dijangka berakhir sebelum pertengahan tahun ini akan menentang Presiden Barack Obama yang mewakili Parti Demokrat. - Agensi

Related Posts:

  • PM Australia dikepung aktivis GILLARD (kiri) yang hilang sebelah kasut terpaksa dilindungi polis dan ejen keselamatan selepas dikepung sekumpulan aktivis hak penduduk pribumi di Canberra, semalam. Gillard diselamatkan selepas dikejar kumpulan … Read More
  • Padah guna identiti abangTOKYO: Seorang lelaki memalsukan kematiannya dengan menggunakan identiti abang yang sudah meninggal dunia kerana cuba mengelak membayar hutang, kata polis dan media semalam. Tsukasa Oizumi sentiasa memandu menggunakan les… Read More
  • Wanita hanya tutup badan3 berjubah tiada pakaian dalam BANDAR KUWAIT: Orang ramai yang membeli belah di sebuah kompleks perniagaan di Salmiya, menunjukkan reaksi terkejut apabila sekumpulan anggota polis tiba bagi menahan tiga wanita muda yang h… Read More
  • Pengeboman Di Oslo-Akhirnya Terpalit Ludah Ke Muka Sendiri  Jumat,22 Julai 2011, satu letupan besar menggegarkan pusat bandar Oslo berdekatan pusat pentadbiran Kerajaan Norway di bawah Parti Buruh yang juga berhampiran pejabat Perdana Menteri… Read More
  • NGO Islam tuntut pesuruhjaya polis letak jawatanNEW YORK: Kumpulan hak asasi awam Islam Amerika Syarikat menuntut peletakan jawatan Pesuruhjaya Polis New York Ray Kelly kelmarin berikutan kontroversi berhubung berulangnya tayangan video yang menghina umat Islam. Kelly… Read More

0 comments:

Post a Comment