25 January 2012

Dakwat kekal patuhi syarak

PUTRAJAYA - Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan dakwat kekal yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mematuhi hukum syarak selain berkesan bagi mengelak pengundian berganda.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, keputusan penggunaan dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu sejajar tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambah baik proses pilihan raya sedia ada.
 
Menurutnya, tiga aspek utama dakwat kekal ini adalah tidak mengandungi lemak haiwan, tidak memudaratkan pengguna contohnya menggelupas sekiranya terkena kulit dan tidak menghalang air sampai ke kulit apabila ia digunakan.
 
“Setakat ini hal berkenaan status halal sudah selesai daripada pihak Jakim. Saya tidak dapat memaklumkan spesifikasi nama dan jenisnya kerana ia masih dirahsiakan sehingga pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat kenyataan rasmi,” katanya pada temu bual eksklusif bersama Sinar Harian semalam.
 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 11 Januari 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Dakwat Kekal.
 
Berdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada SPR, muzakarah ini mendapati dakwat kekal tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak memberikan kesan mudarat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Related Posts:

  • dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan IsraelKerajaan BN tidak pernah memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin tetapi sebaliknya dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu, kata Setiausa… Read More
  • Umno bersubahat jika NFC pecah amanahKUALA LUMPUR, 15 Feb: Jika National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melakukan perbuatan pecah amanah, kerajaan Umno BN bersubahat dalam perbuatan itu, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Ini kali ke berapa kera… Read More
  • ramai pengundi yang diraguiawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar  pengundi yang m… Read More
  • Khairy: Najib kini sudah pandai berkicauApabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba menjinakkan dirinya di alam Twitter, ramai warga maya berpendapat kicauannya amat janggal. Jadual mesyuarat Najib, kata ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, bukan sesu… Read More
  • SPR warta dakwat kekal RabuKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewartakan dakwat kekal pada 15 Februari ini, bagi membolehkan penggunaannya dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti dicadangkan sebelum ini.Bukan itu saja,… Read More

0 comments:

Post a Comment