27 January 2012

Cuba bunuh diri sebab tertekan


CUBAAN seorang pelajar Pakistan untuk terjun dari tingkat 24 di Pangsapuri Vista Komanwel, Bukit Jalil dapat digagalkan selepas dipujuk polis dan ahli keluarganya semalam.


KUALA LUMPUR - Niat seorang pelajar warga Pakistan untuk membunuh diri setelah dipercayai tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya tidak lama lagi tidak kesampaian apabila dia berjaya dipujuk oleh pihak polis dan saudaranya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tera Singh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.57 tengah hari semalam, pelajar berusia 20-an yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 28, Pangsapuri Vista Komanwel, Bukit Jalil di sini.

"Polis yang menerima panggilan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pelajar lelaki itu berada di balkoni rumahnya di tingkat 23 dan seperti mahu melompat.

"Melihatkan keadaan cemas itu, pihak polis meminta bantuan dua sepupu pelajar itu yang juga tinggal di kawasan pangsapuri sama untuk memujuk mangsa," katanya di sini semalam.

Related Posts:

  • Mayat hampir reput ditemui KULIM - Bau busuk yang mengganggu penduduk sebuah rumah pangsa di Taman Jati Blok C, di sini terjawab apabila pihak polis menemui mayat seorang lelaki hampir re… Read More
  • Pelajar wanita IPTS guna Facebook ugut PMALOR SETAR - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sos… Read More
  • Guru bimbang ugutan bunuh ALOR SETAR - Bimbang nyawa terancam dengan ugutan bunuh oleh suami sendiri, seorang guru merayu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat meluluskan permohonan… Read More
  • Dibunuh kejam ditikam dileher NILAI – Seorang wanita dijumpai maut, di Taman Permainan Taman Desa Melati Fasa 1, di sini, semalam, akibat ditikam di leher. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, may… Read More
  • Dua remaja 16 tahun direman PASIR MAS – Dua remaja lelaki ditahan, bagi membantu pihak polis berhubung kes simbah asid ke atas seorang duda di Kampung Tendong, Sabtu lalu. Ketua Polis Dae… Read More

0 comments:

Post a Comment