25 January 2012

Belia India kian bosan media sosial

NEW DELHI: Belia bandar India kini mengalami “kelesuan” media sosial yang mendorong sesetengah mereka memadamkan akaun Facebook dan laman sesawang lain.

Kajian Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri India (ASSOCHAM) mendapati, golongan belia negara itu mula mendapati media sosial membosankan, mengelirukan, mengecewakan dan membuang masa.

“Justeru, mereka mula mengalami kelesuan media sosial dan semakin kurang memasuki akaun masing-masing seperti di Facebook, Google+, Twitter dan Orkut, “ kata laporan berkenaan.
Kajian itu membabitkan 2,000 belia berusia 12 hingga 25 tahun di 10 bandar raya.

Ekoran “kelesuan” itu, golongan muda India kini lebih gemar menggunakan aplikasi telefon bimbit seperti Blackberry Messenger, WhatsApp, Nimbuzz, atau Google Talk yang membolehkan mereka berborak dengan rakan masing-masing. Kira-kira 55 peratus responden berkata, mereka sengaja mengurangkan masa untuk melayari media sosial berkenaan.

Lebih separuh daripada 55 peratus itu juga mengaku mereka sebenarnya tidak lagi mengaktifkan akaun masing-masing atau memadamkannya secara langsung. - AFP

Related Posts:

  • Laman web bantah undang-undang anticetak rompak ASWASHINGTON: Wikipedia bercadang ‘bergelap’ hari ini, manakala Google dan laman sesawang lain merancang protes bersama bagi menyatakan kebimbangan terhadap cubaan Kongres Amerika Syarikat menggubal peraturan mengekang aktiv… Read More
  • Tiada bukti kukuh Mubarak bersubahat KAHERAH - Peguam bela kepada bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, kelmarin mempertikaikan kebe­na­­­ran dakwaan pihak pendakwa raya bahawa anak guamnya mengarah… Read More
  • Aktivis muda Iran ditembak mati di Houston HOUSTON - Seorang pelajar perubatan Texas, yang dikenali sebagai aktivis isu-isu Iran, ditemui mati ditembak tid… Read More
  • Cincin tauke Chopard dicuriHONG KONG: Polis semalam berkata, mereka sedang menyiasat kehilangan cincin permata bernilai hampir RM5 juta yang dilaporkan dicuri di bilik air sebuah hotel di Hong Kong. Jurucakap polis berkata, seorang wanita warga asin… Read More
  • Gadis menyamar lelaki demi cinta sejenishttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5110593913788667514LONDON: Seperti remaja normal, Gemma Barker kelihatan meminati kumpulan penyanyi lelaki, gemar siri televisyen dan mengimpikan hidup sebagai pelakon.Namun, di s… Read More

0 comments:

Post a Comment