20 January 2012

AS tutup laman Megaupload


LAMAN web Megaupload.



MCLEAN, Amerika Syarikat (AS) - Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, 
Megaupload.com telah ditutup.

Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram.

Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan, Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu serta tiga lagi 
kakitangan laman berkenaan telah ditangkap kelmarin di New Zealand atas permintaan beberapa pegawai AS.

Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman.

Yayasan Perbatasan Elektronik yang mempertahankan hak kebebasan bersuara dan digital di online menyatakan dalam satu kenyataan bahawa: "Pelaksanaan prosedur jenayah antarabangsa seperti ini ke atas isu dasar-dasar Internet telah menetapkan satu contoh duluan yang menggerunkan."

"Jika AS boleh menangkap seorang rakyat Belanda di New Zealand berhubung satu dakwaan hak cipta, apakah yang akan berlaku seterusnya?"

Laman Megaupload adalah unik bukan hanya kerana ia mempunyai kandungan muat turun yang besar tetapi juga kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak.

Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain.

Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Namun, Beatz yang berkahwin dengan Keys pada 2010 tidak dinamakan dalam pendakwaan itu. - Agensi

Related Posts:

  • Paku bertaburan di jalan raya Jakarta SEORANG anggota sukarelawan menunjukkan paku-paku yang ditemui di sebatang jalan raya yang melekat pada peralatan magnetnya di Jakarta pada 19 januari lalu. JAKARTA, Indonesia - Taktik kotor sebahagian mekanik motosik… Read More
  • Apple miliki wang RM1.26 trilion SEBUAH telefon bimbit iPhone (kiri), komputer MacBook Air dan iPad dipamerkan di sebuah kedai Apple pada Selasa lalu. NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Apple sekali lagi memintas Exxon sebagai syarikat AS paling berharga s… Read More
  • Majoriti rakyat AS bosan, mahu buang anggota Kongres NEW YORK - Sementara Amerika Syarikat (AS) dilihat berp… Read More
  • Puting beliung akibatkan tujuh mati JAKARTA - Puting beliung dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di pulau Jawa dan Bali pada Rabu mengakibatkan tujuh orang maut, 51 cedera dan lebh 1,000 rumah penduduk rosak. Mangsa yang terbunuh aki… Read More
  • Rahsia Ramuan KFC Terbongkar!! NEW YORK – Siapa tak kenal ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC)? Rahsia lazatnya tersimpan di 11 bumbu racikan rahsia milik Kolonel Sanders. Sayangnya bukan rahsia lagi, sebab seorang warga AS berhasil memecahkan kom… Read More

0 comments:

Post a Comment