25 January 2012

7 GRO ditahan separuh bogel


SEKUMPULAN GRO ditahan di sebuah hotel di Lebuh Light, Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 25 Jan. – Sekumpulan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan oleh sepasukan polis di sebuah hotel bajet di Lebuh Light di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang terdiri daripada dua rakyat tempatan dan lima warga Indonesia tidak sempat melarikan diri berikutan pintu utama hotel telah dikepung oleh polis.

Ketika itu, mereka sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di bilik.

Difahamkan, mereka mengenakan caj RM50 untuk perkhidmatan seks dan RM10 lagi untuk ‘aksi tambahan’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, wanita yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.

Menurutnya, empat pelanggan termasuk seorang penjaga hotel turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan di setiap bilik hotel ditemui puluhan kondom yang sudah dipakai, cecair pelincir serta tisu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berikutan pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah beberapa kali diserbu.

Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Penjaga hotel itu pula disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan wanita bagi tujuan pelacuran.

Related Posts:

  • Barang kemas ½kg dicuriKOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila rumah mewahnya di Taman Century, di sini, diceroboh penjenayah menyebabkan kerugian lebih RM300,000 termasuk pelbagai jenis barang kemas seberat lebih setengah k… Read More
  • Tiga ahli kumpulan geng samun sasar warga asing dicekupKUALA LUMPUR: Tiga ahli kumpulan sebuah geng samun yang bergiat aktif di sekitar Taman Bukit Angkasa, di sini, dengan mensasarkan warga asing sebagai mangsa dicekup di kawasan perumahan itu, pagi semalam. Dalam kejadian k… Read More
  • Curi 23 tan gula majikanSUBANG JAYA: Lima pengawal keselamatan dan seorang pemandu di sebuah kilang gula di Batu 3, Shah Alam, berpakat mencuri 23 tan bahan makanan dianggarkan bernilai kira-kira RM58,000 daripada majikan mereka untuk mendapatk… Read More
  • Helah lama tauke degilKUALA LUMPUR: Segelintir pengusaha restoran bukan Islam di ibu kota masih berdegil dengan menggantung ayat al-Quran dan menggunakan sijil halal palsu di premis mereka bagi menarik pelanggan, khususnya beragama Islam. Mal… Read More
  • Datuk akur 4 tuduhanKUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman denda RM110,000 terhadap ahli lembaga pengarah koperasi yang juga seorang Datuk atas tuduhan menjalankan koperasi tanpa lesen dan perniagaan bercirikan ski… Read More

0 comments:

Post a Comment