25 January 2012

60 dikhuatiri maut tanah runtuh di Papua New Guinea


Pandangan udara menunjukkan lokasi kejadian tanah runtuh yang menimbus kawasan hutan, – REUTERS



SYDNEY 25 Jan. – Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terbunuh dalam insiden tanah runtuh di pedalaman Papua New Guinea, ketika kebanyakan mangsa sedang nyenyak tidur, semalam.

Kejadian di Nogoli, tengah Papua New Guinea itu berlaku berhampiran projek besar gas asli cecair ExxonMobil di selatan negara tersebut.

Menurut media Papua New Guinea, 40 mayat telah ditemui dan 20 lagi masih hilang.

Pengarah Pusat Bencana Kebangsaan, Martin Mosi berkata, bilangan yang terkorban dalam bencana itu mungkin lebih ramai, tetapi menegaskan pihaknya masih belum dapat mengesahkan angka sebenar.

“Anggota kami kini dalam perjalanan ke tempat kejadian dan kami akan mendapat gambaran yang jelas tidak lama lagi.

“Namun yang pastinya, ia adalah bencana tanah runtuh yang besar dan meliputi kawasan yang luas,” kata Mosi.

Perdana Menteri Peter O’Neill dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Gambar dari udara yang diambil menunjukkan lumpur dan sisa-sisa sampah menimbus kira-kira satu kilometer kawasan hutan.

Jurucakap ExxonMobil berkata, semua pekerja mereka terselamat dan mereka kini saling berhubung dengan Pusat Bencana Kebangsaan. – AFP

Related Posts:

  • Kereta masa depan Bahagian hadapan Vieria menapis habuk dan kotoran di udara dan membebaskan udara yang bersih ke dalam kereta. Dalam mengharungi dunia penuh dengan cabaran, cuaca tidak menentu dan bahan api fosil yang semakin menipis, tentu … Read More
  • Duta Mesir Kata krisis Syria boleh gugat kestabilan serantauKRISIS politik di Syria yang telah berlarutan selama 10 bulan, kini semakin meruncing. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurngnya 5,400 orang telah terbunuh sejak Presiden Bashar al-Assad melancarkan… Read More
  • 11 sistem planet baru ditemui Teleskop Kepler dilancarkan ke angkasa lepas untuk mengesan planet menyerupai Bumi. - AGENSICAPE CANAVERAL 27 Jan. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui 11 sistem planet baru, termasuk satu dar… Read More
  • 60 planet, 11 sistem solar ditemui WASHINGTON - Pen­tadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) mengesahkan penemuan baru 60 planet dan 11 lagi sistem solar melalui pemantauan teleskop Kepler selama dua tahun.“Kepler telah menemui lebih dari 60 pl… Read More
  • Lagi asteroid hampiri bumi dikenal pasti WASHINGTON - Sebuah lagi asteroid sebesar bas bandar dikenal pasti berada antara orbit Bumi dan bulan, kelmarin beberapa hari selepas ia dikesan, namun didakwa tidak mendatangkan ancaman kepada planet kita, menurut Pentadbi… Read More

0 comments:

Post a Comment