21 January 2012

15 dicekup di pusat judi komputer

JELEBU — Lima belas pengunjung beragama Islam premis perjudian komputer ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan di empat premis perjudian komputer di Pekan baru, Simpang Pertang di sini, awal hari ini.

Antara yang ditahan dalam “Ops Siber” dari pukul 8 malam hingga 4 pagi itu ialah tiga penjawat awam dan pihak penguatkuasa JHEAINS turut merampas 15 unit perkakasan komputer selain wang pertaruhan berjumlah RM4,000.

Ketua Unit Operasi JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an itu ditahan ketika leka bermain judi siber di premis-premis terbabit.

"Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Simpang Pertang untuk siasatan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan bon jaminan penguatkuasa dan dikehendaki hadir semula pada satu tarikh yang ditetapkan untuk membantu siasatan.

"Penjaga-penjaga premis terbabit telah kita beri satu surat perintah hadir ke Unit Penguatkuasa JHEAINS daerah Jelebu pada satu tarikh yang akan ditetapkan untuk tujuan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya. — BERNAMA

Related Posts:

  • Wanita bunuh diri selepas bunuh dua anaknya sendiri KAJANG – Perasaan cemas seorang warga emas apabila menantunya enggan membuka pintu bilik walaupun berkali-kali diketuk terjawab apabila wanita itu ditemui dalam keadaan nazak bersama dua anaknya yang sudah tidak bernyawa … Read More
  • [Video] Trauma Kena Dera Sampai Hilang Ingatan Sebak hati melihat tengok budak ini. Terbayang seperti adik sendiri. Terlalu lama dari umurnya tiga tahun dia keseorangan menanggung sengsara tanpa ibu bapa membela nasibnya. Sampai macam tu sekali dia didera dengan bapa ti… Read More
  • Pergaduhan Berakhir Dengan Tragis TIGA SEKELUARGA MATI DI BUNUH DENGAN KEJAM DI SIBU, SARAWAK Tragedi berdarah di Sungai Empawah Khamis lepas yang menyaksikan tiga sekeluarga mati dibunuh, dipercayai oleh tiga warga Indonesia, adalah berpunca daripada … Read More
  • Remaja Dibelasah Separuh Mati Kerana Perempuan PORT DICKSON – Seorang remaja lelaki cedera parah di muka dan badan apabila dibelasah separuh mati oleh 10 individu tidak dikenali dalam kejadian yang berlaku. Menurut mangsa, Muhammad Rahim Omar, 20, dari Taman Sri … Read More
  • GILA! Bapa Sumbat Lobak, Rakam Kemaluan Anak Di Perlis KANGAR – Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isn… Read More

0 comments:

Post a Comment