20 January 2012

11,456 tangkapan kes dadah sepanjang 2011

11,456 tangkapan kes dadah sepanjang 2011
KUANTAN- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kontinjen Pahang mencatatkan sebanyak 11, 456 kes tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan dadah sepanjang tahun lalu berbanding 10,540 tangkapan pada 2010.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Superintendan Yap Toon Khuan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 916 kes atau 8.69 peratus.

Menurutnya, jumlah kes tangkapan itu adalah hasil daripada 3,942 siri serbuan yang dijalankan pihaknya di negeri ini sepanjang tahun lalu.

“Berdasarkan rekod kes melibatkan bekalan dibawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sebanyak 721 tangkapan dilakukan tahun lalu iaitu 285 kes mengikut Seksyen 39B, 149 kes mengikut Seksyen 39A (2) dan 287 kes mengikut Seksyen 39A(1).

“Manakala untuk tahun 2010, sebanyak 668 kes di bawah akta ini dicatatkan, iaitu 227 kes untuk Seksyen 39B, 158 kes untuk Seksyen 39A(2) dan 283 kes untuk Seksyen 39A(1),” katanya, semalam.

Toon Khuan berkata, perbandingan kes tangkapan melibatkan bekalan bagi dua tahun tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 53 kes atau 7.93 peratus.

Menurutnya, bagi kes permintaan dadah pula, sebanyak 10,735 tangkapan berjaya dilakukan tahun lalu membabitkan, 1,693 kes mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952, 100 kes untuk Seksyen 6, 5,225 kes dibawah Seksyen 15(1)(a), 3,644 kes mengikut Seksyen 31(1) Akta Penagih Dadah dan 73 kes di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Kes melibatkan permintaan dadah ini juga menunjukkan peningkatan berbanding 2010 yang hanya mencatatkan sebanyak 9,932 kes iaitu kenaikan sebanyak 18.74 peratus,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya terus komited untuk membanteras gejala penagihan dadah di negeri ini melalui pelbagai pendekatan untuk 2012.
“Selain fokus kepada usaha membanteras aktiviti pengedaran dadah di negeri ini, kita juga turut memberi perhatian kepada gejala penagihan terutama melibatkan golongan remaja dan belia.

“Kita akan meningkatkan operasi serbuan ke ‘port’ penagih yang dikenal pasti termasuk di jeti nelayan,” katanya.

Menurutnya, banyak cabaran yang terpaksa dihadapi dalam usaha membanteras gejala ini kerana penagih semakin licik dan sentiasa bertukar ‘port’ untuk melepaskan gian.

Related Posts:

  • Restoran sarang GRO SEBAHAGIAN pengunjung dan GRO sebuah kelab malam memberi kerjasama kepada polis ketika proses mengambil keterangan dilakukan. KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan bahawa siasatan terhadap segelintir pegawai perhubungan pelang… Read More
  • Bergaduh sampai parahPETALING JAYA - Belum tahu puncanya, seorang lelaki cedera parah selepas dia disyaki terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan yang bersenjatakan parang, kapak, kayu dan topi keledar di Taman Desa Ria Fasa 5A, Tam… Read More
  • Hamza diekstradisi ke Arab SaudiKUALA LUMPUR - Seorang kolumnis akhbar dari Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari yang ditahan pihak berkuasa Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Khamis lalu telah dihantar pulang… Read More
  • Pemuda dihukum kerana menyamarKOTA BHARU – Seorang pemuda yang dihukum jel pada Julai tahun lalu kerana memperdaya orang dengan menyamar dirinya sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, dijatuhi pula hukuman pe… Read More
  • Telinga hampir putus digigit si penipu Amran yang cedera di telinga kiri dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah semalam. KUALA TERENGGANU - Telinga kiri seorang anggota polis berpangkat konstabel hampir putus selepas digigit seorang suspek yang cuba mel… Read More

0 comments:

Post a Comment