18 January 2012

Simbah air panas

KUALA LUMPUR: Tidak tahan mendengar leteran, seorang lelaki berusia lewat 30-an bertindak kejam apabila mencurahkan air panas terhadap adiknya dalam kejadian di rumah mereka di Jinjang Utara, di sini, tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 31 tahun melecur teruk di tangan kanan dan badan selain mengalami kecederaan di kaki akibat terjatuh.

Mangsa kini masih dirawat di wad Hospital Selayang (HS) dan difahamkan, keadaannya stabil.
Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa meleteri abangnya itu yang malas bekerja.

“Mangsa turut memarahi sikap abangnya itu yang sering meminta wang daripada ibu mereka. Ketika itu, abang mangsa sedang membaiki basikal miliknya di hadapan rumah,” katanya.

Sumber berkata, akibat tidak tahan dengan leteran itu, abang mangsa memarahi pula mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran.
“Selesai bertengkar, abang mangsa terus masuk ke dalam rumah dan kira-kira 15 minit, dia keluar semula dengan membawa cerek sebelum menyimbah air panas ke arah mangsa.

“Mangsa yang cuba melarikan diri bagaimanapun gagal sebelum terkena air panas berkenaan,” katanya.
Katanya, mangsa kemudian menggelupur menahan kesakitan sebelum ibunya yang berada di dalam rumah bergegas keluar mendapatkannya.

“Abang mangsa yang panik melihat kecederaan adiknya itu kemudian melarikan diri sebelum mangsa dibawa ke HS untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mangsa yang melecur di tangan kanan dan badannya itu turut mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya dipercayai akibat terjatuh.

Lelaki terbabit dilaporkan stabil namun masih dirawat di hospital berkenaan.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan sebelum kes itu dirujuk semula ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, sehingga kini abang mangsa belum ditahan, namun usaha memburunya sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Related Posts:

  • ‘Tidur’ tusukan di leherNILAI: Kemusykilan seorang lelaki yang berjoging apabila melihat seorang wanita ‘tidur’ di bawah pokok membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dibunuh kejam dengan kesan tikaman pada lehernya, semalam. Mayat Rafta… Read More
  • Mayat hampir reput ditemui KULIM - Bau busuk yang mengganggu penduduk sebuah rumah pangsa di Taman Jati Blok C, di sini terjawab apabila pihak polis menemui mayat seorang lelaki hampir re… Read More
  • Dua remaja 16 tahun direman PASIR MAS – Dua remaja lelaki ditahan, bagi membantu pihak polis berhubung kes simbah asid ke atas seorang duda di Kampung Tendong, Sabtu lalu. Ketua Polis Dae… Read More
  • Dibunuh kejam ditikam dileher NILAI – Seorang wanita dijumpai maut, di Taman Permainan Taman Desa Melati Fasa 1, di sini, semalam, akibat ditikam di leher. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, may… Read More
  • Aktivis muda Iran ditembak mati di Houston HOUSTON - Seorang pelajar perubatan Texas, yang dikenali sebagai aktivis isu-isu Iran, ditemui mati ditembak tid… Read More

0 comments:

Post a Comment