24 January 2012

Potong mayat anak



KEPALA mangsa dihentak bertubi-tubi dengan batu bata sehingga mati. Tubuh kanak-kanak itu kemudian dipotong menggunakan gergaji tangan dan dibuang ke pesisir jalan.

Yang mengejutkan, perbuatan kejam terhadap Aliahna Lemmon yang baru berusia sembilan tahun dilakukan bapa kandungnya, Michael Plumadore, 39.

Kejadian ngeri itu berlaku di Fort Wayne, Indiana, Amerika Syarikat pada 22 Disember lalu.


Selepas membunuh anaknya, Plumadore membuang cebisan tubuh mangsa yang diisi ke dalam beg plastik sampah ke pesisir jalan berdekatan kediamannya. Namun bahagian kepala, kaki dan tangan mangsa disimpan dalam peti ais.


Ibu mangsa, Tarah Souders, 28, sebelum itu membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa sepanjang perayaan Krismas lalu. Tarah dan Plumadore ketika itu sudah berpisah, kali terakhir mereka bersama pada hujung November lalu.

Ketika siasatan dijalankan, selang sehari selepas Krismas iaitu pada 26 Disember lalu, Plumadore menyerah diri dan mengejutkan polis dengan pengakuannya melakukan pembunuhan ngeri itu.

Suspek kemudian membawa pegawai penyiasat mendapatkan semula tubuh mangsa yang dibuangnya sebelum itu.

Pegawai Polis, Kenny Fries berkata, pembunuhan itu paling kejam pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun di Indiana.

“Suspek membawa kami (polis) ke rumahnya, kemudian memberitahu sebahagian tubuh Aliahna diletakkannya dalam peti ais.

“Sukar mempercayai apa berlaku, kejadian ini antara kes yang tidak mungkin dapat saya lupakan,” katanya.

Setakat ini, polis tidak mahu mendedahkan motif pembunuhan sehingga kes ini dibawa ke mahkamah bagi pendakwaan pada Januari ini.

Berdasarkan laporan polis, pembunuhan berlaku sekitar awal pagi pada hari kejadian. Sebaik melakukan pembunuhan, suspek tidur dan hanya dikejutkan dengan panggilan daripada Tarah yang tercari-cari Aliahna ketika itu.

Mulanya, suspek cuba menyembunyikan jenayah dilakukannya, namun akhirnya menyerah diri selepas sambutan Krismas iaitu 26 Disember.

Bagi Tarah, kematian anak perempuannya masih mengejutkan, lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh pasangannya.

“Dia (suspek) sangat menyayangi Aliahna. Apa yang berlaku bagaikan mimpi ngeri buat saya. Saya sukar menerima hakikat yang Plumadore melakukannya,” katanya.

Sementara itu, polis Indiana mendedahkan suspek adalah tidak asing dalam dunia jenayah, terutama membabitkan serangan seksual. Rekod polis mendapati suspek terbabit dengan 15 jenayah berkenaan.

Related Posts:

  • 21 GRO warga asing ditahan SERAMAI 21 wanita warga asing ditahan oleh anggota polis dari Unit D7 di di sebuah pusat karaoke berhampiran Sunway Mentari, Petaling Jaya, malam semalam. - IHSAN CHINA PRESS PETALING JAYA 28 Jan. - Seramai 21 wanita warga V… Read More
  • Polis tahan 10 lelaki MELAKA 28 Jan. - Polis menahan 10 lelaki yang disyaki menyerang lima anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam operasi besar-besaran yang dilancarkan sejak semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah … Read More
  • Mayat bayi tanpa kepala, kaki ditemui di tebing sungai Seorang anggota forensik membawa mayat bayi tanpa kepala dan kaki ke hospital untuk bedah siasat di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 28 Jan. - Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasrat mahu menjala ikan di Sungai Hulu… Read More
  • Lelaki temui mayat bayi perempuan SUBANG JAYA 28 Jan. - Seorang lelaki yang memancing ikan bersendirian terkejut apabila mendapati lembaga kecil yang tersembunyi di sebalik batu dan pasir di tepi sebuah sungai di Kampung Sri Aman, Bukit Puchong dekat sini ha… Read More
  • Polis kenal pasti dua kedai salah guna BB1M SHAH ALAM 28 Jan. - Polis mengenal pasti dua kedai buku di Kota Bharu, Kelantan yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada harga lebih murah daripada pelajar institusi pengajian tingg… Read More

0 comments:

Post a Comment