17 January 2012

Perang siber ke atas Israel

Perang siber ke atas Israel
TEL AVIV - Dua minggu selepas Israel dikejutkan dengan insiden pendedahan maklumat peribadi kad kredit 400,000 orang Yahudi, sekali lagi kumpulan penggodam berpangkalan di Arab Saudi, OxOmar melancarkan perang siber ke atas dua laman utama di negara itu.

Dua laman sesawang rasmi yang menjadi sasaran, kelmarin dan tidak dapat beroperasi selama beberapa jam adalah laman sesawang sistem penerbangan El Al dan laman Bursa Saham Tel Aviv (Tase).

Jurucakap Tase menyatakan serangan tersebut tidak menjejaskan sistem dagangan saham sebaliknya hanya melumpuhkan laman utama.

Minggu lalu, aktivis berpusat di Gaza turut melancarkan serangan siber ke atas laman sesawang timbalan menteri luar, Danny Ayalon dan laman Perkhidmatan Pemadam Kebakaran dan Penyelamat Israel sehingga menyebabkan operasi kedua-duanya tergendala.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, kerajaan memuji tindakan berani kumpulan penggodam tersebut dan menyifatkannya sebagai simbol kreativiti golongan pemuda di rantau Arab yang menyerang Israel secara senyap menggunakan kepakaran mereka.

Dalam satu mesej yang dihantar oleh OxOmar, mereka telah memberi amaran bahawa ia adalah permulaan perang siber ke atas Israel dan turut berikrar untuk membocorkan segala maklumat mengenai rejim Zionis pada masa akan datang.

Related Posts:

  • Lebih ramai mati? KAPAL mewah Costa Concordia tersadai dan mula karam di perairan Pulau Giglio di utara Itali selepas terlanggar batu karang malam kelmarin ketika menuju Laut Mediterranean. Sekurang-kurangnya 39 orang masih hilang sehin… Read More
  • Kerusi pesawat JAL terbakar, pesawat berpatah balik ke TokyoTOKYO 15 Jan. - Sebuah pesawat Japan Airlines yang baru berlepas terpaksa berpatah balik selepas satu daripada kerusi penumpang di kelas perniagaan terbakar. Menurut agensi berita Jiji Press dan Kyodo News, kebakaran kecil… Read More
  • Madonna mengaku jahil memasakLOS ANGELES: Di sebalik kehebatannya sebagai selebriti bertaraf dunia, rupa-rupanya Madonna tidak pandai memasak apa-apa pun. Menurut Madonna, sepanjang ingatannya, dia tidak pernah memasak makanan sendiri, sebaliknya semua… Read More
  • Hantar askar Arab ke Syria WANITA-wanita mengadakan tunjuk perasaan menentang Presiden Bashar al-Assad di bandar Baba Amro dekat Homs dalam gambar yang diterima Sabtu lalu. - REUTERS DAMSYIK 15 Jan. - Qatar menyokong penghantaran tentera Arab ke… Read More
  • Militan al-Qaeda tawan bandar kecil di YemenSANAA 15 Jan. - Berpuluh-puluh militan al-Qaeda menawan sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 170 kilometer dari ibu negara Yemen di sini semalam, kata sumber polis dan saksi. Menurut sumber, anggota militan memasuki p… Read More

0 comments:

Post a Comment