25 January 2012

MB Selangor: Mas Kg Baru disusun semula

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mengumumkan akan menyusun semula keanggotaan Lembaga Pentadbir Pertanian Penempayan (Mas) Kampung Baru bagi mewakili semua kumpulan kawasan penempatan berusia lebih 100 tahun itu.

"Kita mahu yang akan menjadi lembaga pengarah Mas terdiri daripada semua golongan yang mewakili Kampung Baru.

"Saya akan meminta Jawatankuasa Kerja Bertindak Kampung Baru (JKBKB) untuk panggil semua buat mesyuarat.

"Saya mahu pastikan lembaga pengarah yang baru dianggotai oleh mereka yang terdiri daripada pelbagai kumpulan supaya boleh bergerak bersama," katanya pada sidang media selepas sesi dialog dan majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Baru, malam tadi.

Kedudukan keanggotaan dalam lembaga itu turut menjadi persoalan ekoran penggubalan rang undang-undang baru berhubung pembangunan semula Kampung Baru.

Awal November lalu, Sekretariat Pembangunan Kampung Baru dicabar mengemukakan bukti bahawa Mas Kampung Baru di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.

“Dia akan keluarkan bukti? Keluarkanlah...,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi sekretariat itu Ahmad Zambri As’ad Khuzami bahawa mereka mempunyai bukti Mas masih berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

Sekretariat Pembangunan Kampung Baru menolak kenyataan Raja Nong Chik sebelum itu yang menegaskan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa ke atas Mas Kampung Baru.

Ahmad Zambri berkata, Kampung Baru secara fizikalnya terletak di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Namun begitu, katanya, peruntukan dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950 menyatakan Mas tertakluk kepada bidang kuasa negeri Selangor.

Isu Mas timbul susulan kenyataan Ahmad Zambri pada hujung bulan lepas yang mendakwa rombakan Mas akan dilakukan atas kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun dalam kenyataan balasnya, Raja Nong Chik dilapor berkata kerajaan Selangor tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran Mas kerana badan itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Dalam pada itu, menurut Khalid, sebuah pejabat yang turut menyediakan khidmat guaman dan jururunding hartanah bagi kemudahan penduduk Kampung Baru akan dibuka kepada orang ramai dua minggu lagi.

Pejabat tersebut beradai di tingkat satu, bangunan Yayasan Selangor.

Khalid berkata, pejabat tersebut bertujuan bagi memudahkan penduduk Kampung Baru mendapatkan khidmat nasihat guaman dan pelbagai secara percuma.

"Jika penduduk ada kemusykilan, sila ajukan seberapa banyak soalan anda di kaunter pejabat yang akan di buka tidak lama lagi," katanya.

Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 diluluskan Parlimen hujung tahun lalu.

Related Posts:

  • Kena cekup sebelum 'terbang' NOOR RASHID (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Hasrat dua lelaki Nigeria yang mempergunakan dua gadis tempatan sebagai keldai dadah un… Read More
  • Cikgu rogol, cabul murid dalam makmal MAHKAMAH Sesyen di Kota Bharu, Kelantan di dalam bangunan ini semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Hock Soon (gambar kecil) selepas didapati bersalah merogol dan mencabul seorang murid berusia 12 tahun… Read More
  • Boleh cemar imej Nabi CABUT...sebahagian risalah kempen diambil untuk siasatan. PERIKSA...anggota penguat kuasa memeriksa tayangan slaid dalam komputer riba yang dirampas, semalam. IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS)… Read More
  • Komunikasi punca 'ponteng' KHAIRUL Fahmi (kiri) merenung jauh ketika menanti giliran ketika sesi latihan pertamanya bersama Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana jaya, petang semalam. Apek enggan ulas isu 'gagal hadir' elak cetus kontroversi … Read More
  • Penduduk rimas Pekan Bahau kotor BEGINILAH keadaan sampah-sarap yang berlonggok serta berbau busuk sehingga mencemarkan pemandangan berhampiran Perhentian bas Bahau, baru-baru ini. JEMPOL – Penduduk dan pengunjung Pekan Bahau dekat sini melahirkan rasa… Read More

0 comments:

Post a Comment