18 January 2012

Cincin tauke Chopard dicuri

HONG KONG: Polis semalam berkata, mereka sedang menyiasat kehilangan cincin permata bernilai hampir RM5 juta yang dilaporkan dicuri di bilik air sebuah hotel di Hong Kong.
Jurucakap polis berkata, seorang wanita warga asing meninggalkan cincin zamrud bernilai HK$12 juta (RM4.8 juta) di bilik air di tingkat empat Hotel Four Seasons di Hong Kong.

“Beberapa minit kemudian apabila dia kembali ke situ untuk mengambilnya, cincin berkenaan tiada,” katanya.
Akhbar South China Morning Post melaporkan, cincin berkenaan milik presiden bersama syarikat pembuat barang kemas terkemuka dunia, Chopard.

Memetik sumber tidak didedahkan, akhbar itu menyatakan, cincin berkenaan dimiliki Caroline Scheufele, yang berada di Hong Kong untuk majlis pembukaan kedai baru Chopard.

Walaupun polis tidak mengesahkan identiti itu, mereka mengumumkan pemiliknya menyediakan hadiah RM200,700 kepada sesiapa yang dapat mengembalikan barang kemas berkenaan.
Cincin itu hilang kira-kira jam 11.30 malam pada 8 September lalu dan polis menganggapnya sebagai kes curi.

Cincin itu dihiasi 16.83 karat zamrud yang diapit dua berlian - masing-masing 1.15 dan 1.29 karat - selain 674 berlian kecil di sekelilingnya. - AFP

Related Posts:

  • Israel naik angin siap sedia akan serang Mesir Ketua kakitangan tentera Israel Mejar Jeneral Benny Gantz mengatakan, pasukan Israel siap sedia menyerang Mesir, Isnin (23/​​4). Komentar tersebut dipaparkan setelah Mesir menghentikan bekalan gas asli ke Israel. Laporan … Read More
  • Kontrak Senjata Saudi Menguntungkan Britain Pengeluar senjata terbesar Britain, BAE Systems akan memperolehi beratus-ratus juta dolar daripada keuntungan kontrak jet Eurofighter yang akan dijual ke Arab Saudi.BAE Systems mengatakan kontrak berkaitan pada peningkata… Read More
  • Serangan Hackers gagal Lumpuhkan Laman Minyak Iran Juru runding Kementerian Minyak Iran berkata, serangan cyber Hackers yang menyasarkan laman perkhidmatan dan Syarikat Minyak Nasional Iran gagal menembusi data-data penting perusahaan. Dilaporkan, serangan cyber itu terja… Read More
  • 1 Video dan 19 Gambar Ular-ular Berkepala 2 Ular berkepala dua memang jarang berlaku.Setiap haiwan berkepala dua mempunyai keunikan tersendiri. Polycephaly adalah salah satu istilah haiwan yang mempunyai lebih daripada satu kepala. Istilah ini berasal daripada Yu… Read More
  • Pengganas Kristian anti-Islam ditangkap kerana ancam bom Salah seorang anggota sayap kanan English Defence League (EDL) telah ditangkap. Dia mengancam akan melakukan serangan bom "Model Oslo" terhadap komuniti Islam Britain.Pengganas tersebut bernama Kenny Holden 29 tahun. Hold… Read More

0 comments:

Post a Comment