18 January 2012

Britain selar kawasan penempatan Israel

Nick Clegg
Nick Clegg
LONDON: Britain menyelar pembinaan kawasan penempatan Israel dengan melabelkannya sebagai 'vandalisme yang disengajakan’ bagi menghalang pembentukan sebuah negara Palestin dan memberi amaran bahawa masa semakin suntuk bagi proses damai di Timur Tengah.

Komen Timbalan Perdana Menteri British Nick Clegg dibuat pada masa yang sama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memulakan lawatan ke Eropah. Ini adalah komen Clegg paling tegas pernah disebutkan mengenai konflik di Asia Barat.
“Ini adalah tindakan sengaja melakukan vandalisme kepada asas dalam rundingan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan inilah sebabnya kami meluahkan kebimbangan kami sebagai pemerintah,” kata Clegg dalam sidang media bersama Abbas.
“Sebaik Israel memulakan pembinaan penempatan, maka adalah mustahil untuk melaksanakan apa yang dipersetujui semua pihak sejak beberapa tahun sebagai destinasi akhir, maka anda melakukan kemusnahan besar,” tegas beliau ketika Abbas melawat London, sambil merujuk kepada usaha mewujudkan sebuah negara Palestin bersebelahan Israel.

Clegg mengulas dengan mengatakan bahawa tidak ada penyokong Israel yang lebih kuat selain dirinya sendiri, lapor akhbar Al Arabiyya.

“Terlalu banyak perubahan berlaku di wilayah Arab. Jika kita mahukan perubahan, kita perlu melakukannya sekarang,” kata Clegg merujuk kepada kebangkitan Arab.

Abbas, yang dijadual melawat Jerman dan Russia sebagai sebahagian rangka lawatan seminggu mengalu-alukan komen Clegg.
“Inilah sebenarnya apa yang kami mahu dengar daripada pegawai kerajaan United Kingdom,” katanya menerusi penterjemah.

Terdahulu, Presiden Palestin itu turut melawat Perdana Menteri British David Cameron.

“Kami akan melakukan apa saja untuk membantu mempromosikan rundingan ini,” kata Cameron yang mengulangi sokongan bahawa Britain menyokong ‘huraian dua negara’ dalam pertikaian antara Palestin dan Israel semasa lawatan Abbas di kediaman rasmi Perdana Menteri British di 10 Downing Street, London. – Agensi

Related Posts:

  • [Video] Mujahiddin Syria Berperang Cara Angry Bird Ketika para mujahidin Syria sibuk berperang menggunakan senjata api terhadap regim Bashar Assad, terdapat sekumpulan mujahiddin turut melancarkan serangan dengan teknik Angry Bird. Kita semua maklum bahawa di Sy… Read More
  • Gempar! Penduduk Tangkap Babi Jadian Jawa Timur Makhluk jadian sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik sama ada ia benar-benar ditemui atau sekadar satu cerita dongeng. Baru-baru ini di Situbondo, Jawa Timur gempar diperkatakan tentang penangkapan seekor babi yan… Read More
  • Subhanallah! Al-Quran Terbang Di Mekah Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah.   Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat I… Read More
  • Peluru Dikeluarkan Dari Kepala Makassar – Pakar bedah bandar raya ini berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari tengkorak kepala bayi berusia setahun dalam pembedahan yang mengambil masa sejam. Bayi terbabit, Fatir Muhammad cedera di kepala selepas… Read More
  • Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.Cerit… Read More

0 comments:

Post a Comment