18 January 2012

16 terbunuh dalam dua serangan di selatan Afghanistan

KANDAHAR: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera selepas dua letupan berasingan berlaku selepas pemberontakan tercetus di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, semalam, kata pegawai tempatan.

Serangan pertama dilakukan pengebom berani mati yang bertindak meletupkan dirinya di atas sebuah motosikal di sebuah bazaar daerah Kajake wilayah Helmand mengakibatkan 10 orang awam dan dua anggota polis terbunuh.
Laporan awal menyebut seramai tujuh anggota polis terbunuh.
Dua jam kemudian, serangan kedua berlaku mengakibatkan seorang pegawai perisikan tempatan, dua pengawal peribadi dan seorang awam maut dalam letupan di sebuah lombong, kata jurucakap gabenor wilayah Helmand, Daud Ahmadi. - AFP

Related Posts:

  • Budak perempuan maut kena panahSYDNEY: Polis Australia semalam berkata, seorang budak perempuan maut selepas kepalanya dipanah secara tidak sengaja. Menurut jurucakap polis New South Wales, mangsa berusia lapan tahun dipanah pada 26 Disember lalu. “Kemala… Read More
  • 12 pekerja kilang maut ditimpa besi leburBEIJING: Seramai 12 pekerja kilang besi terbunuh apabila ditimba besi lebur yang melimpah dari sebuah relau di Nanjing, lapor Xinhua, semalam. Agensi berita itu melaporkan, pekerja berkenaan sedang cuba menghentikan operas… Read More
  • Barak harap kemalangan maut berlaku lagiBAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, semalam gembira dengan insiden letupan di sebuah pangkalan tentera elit Iran dan berdoa lebih banyak kejadian seumpama itu berlaku. Katanya, walaupun tidak tahu sejauh ma… Read More
  • Rakyat Malaysia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di SongkhlaBANGKOK:Seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Sadao, Songkhla hari ini. Ketua Polis Sadao, Kolonel Pramot Lerdboworn berkata Nordin Ahmad Razali dari Kedah mati di tempat kemalangan selepas pikup … Read More
  • 40,000 mati di jalan raya BrazilRIO DE JANEIRO: Kemalangan jalan raya di Brazil menyebabkan 40,000 orang terbunuh tahun lalu, kata kementerian kesihatan negara itu, semalam. Laporan rasmi dikeluarkan kerajaan itu menjadikan Brazil sebagai satu daripada n… Read More

0 comments:

Post a Comment