18 February 2012

Pelik melihat Ayam berkaki empat



Inilah ayam milik Carik yang berkaki empat di Kebonarum, Klaten, Jawa Tengah.



KLATEN - Sebuah perkampungan di Kebonarum daerah Klaten, Jawa Tengah menjadi popular sejak sebulan lalu selepas kemunculan seekor ayam berkaki empat.

Kampung Pluneng itu mendapat perhatian orang yang ingin menyaksikan sendiri kebenaran mengenai cerita ayam berkaki empat itu.

"Setiap hari berpuluh-puluh orang datang ke rumah saya untuk melihat ayam aneh itu.

"Selain berkaki empat, ayam saya itu juga mempunyai dua saluran najis," kata pemiliknya, Carik kepada MICOM.

Ayam yang diberi nama Tinuk itu dilaporkan berusia 35 hari.
Menurut Carik, dia tidak akan menjual ayam itu, walaupun pernah ditawarkan dengan harga 320,000 rupiah (RM108).

"Ayam seperti ini jarang ditemui dan saya akan memeliharanya," ujar Carik. - AGENSI

Related Posts:

  • Nak kahwin dengan warga asing tu cek dulu background dia Gambar Hiasan GEORGE TOWN — Biro Perkidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang ingin berkahwin dengan warganegara asing supaya mengenal pasti latar belakang terlebih dahulu bagi mengelakkan is… Read More
  • Pengaruh manusia pada cuacaTahukah anda salah satu keadaan yang mempengaruhi perangai manusia adalah iklim? Ia bukan sahaja mempengaruhi perangai dan sikap manusia tetapi juga mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak.  Bagaimana ini bol… Read More
  • Ajaib! Kena sambar kilat kulit jadi corak bungaLelaki ini telah disambar kilat dan telah meninggalkan kesan parut yang pelik.Ada yang menggelarkan parut ini dengan nama Lichtenberg Scar.       … Read More
  • 5 negara kos hidup paling murah di dunia Nombor 1 Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harg… Read More
  • Ratu England pun ikut sunah Nabi Pada Februari lalu, Kapten (U) Harry berjaya menamatkan latihan sebagai juruterbang helikopter tempur Apache dengan cemerlang. Beliau yang mengharungi latihan tersebut selama 18 bulan di Amerika Syarikat baka… Read More

0 comments:

Post a Comment